10 Tahun Tiada Pembeli, Saab Bergantung Harap Pada Tiga Negara Untuk Pilih Pesawat Gripen
Kecewa kerana 10 tahun gagal menarik sebarang pembeli, syarikat Saab daripada Sweden yang menghasilkan pesawat pejuang JAS-39 Gripen kini bergantung harap kepada tiga buah negara — India, Thailand dan Filipina untuk memilih pesawat pejuang itu bagi tentera udara mereka.