“Fujian”, Super Carrier China Yang Pertama Saingi Amerika Di Indo-Pasifik
Pada Jun lepas, Tentera Laut China telah melancarkan kapal pengangkut pesawatnya yang ketiga yang merupakan kapal pengangkut pesawat pertama milik kuasa Asia itu yang dikategorikan sebagai “super carrier” daripada segi saiznya yang menyamai saiz kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat seperti daripada kelas-Ford dan Nimitz.