Akibat Kenyataan “Elder Brother”, Hishammuddin Hussein Berdepan Dengan Pelbagai Kecaman

Akibat daripada kenyataan “elder brother” itu, Menteri Luar telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – “You will always be my elder brother” – kenyataan yang dibuat oleh Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein di China untuk menggambarkan hubungannya dengan rakan sejawatannya daripada negara itu, Wang Yi telah menimbulkan kontroversi di tanahair.

Akibat daripada kenyataan “elder brother”, Menteri Luar itu telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak.

Macam mana tak kontroversi, kenyataan itu hadir ketika China seolah-olah “membuli” Malaysia dengan pencerobohan berterusan kapal-kapal pengawal pantainya ke dalam perairan negara ini terutamanya di Beting Patinggi Ali di Sarawak.

Kita pun sudah berpuluh kali menghantar nota-nota bantahan pencerobohan kapal-kapal China, tetapi ia tidak pernah menamatkan tindakan agresif Beijing itu.

So, bila kenyataan “elder brother” itu muncul, banyak pihak “melompat” untuk membidas Hishammuddin.

Walau apa pun, “nasi sudah menjadi bubur”.

Kenyataan kontroversi Hishammuddin itu dibuat di Wilayah Fujian ketika dalam sidang media dengan Wang Yi yang menerima banyak kecaman oleh banyak pihak Malaysia.

Antara yang tampil untuk mengecam kenyataan Menteri Luar itu adalah Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan Hishammuddin tidak sepatutnya meluahkan kenyataan itu, apatah membabitkan hubungan antara dua negara.

Ahli politik pembangkang itu melahirkan rasa terkejut kerana Menteri Luar menggambarkan China sebagai “elder brother” (abang) dalam pertemuannya dengan Wang Yi.

“Ini bukanlah bahasa dan cara yang sepatutnya digunakan dalam dunia diplomatik dan hubungan antarabangsa kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa Malaysia adalah “patung” (puppet) kepada kuasa asing,” kata Anwar itu.

Anwar menggambarkan bahawa kenyataan Hishammuddin itu adalah satu penghinaan kepada Malaysia yang tidak menyokong mana-mana kuasa besar dunia.

Beliau seterusnya meminta Menteri Luar itu supaya meminta maaf kepada rakyat dan menarik balik kenyataannya itu.

Bagaimanapun Hishammuddin dalam satu kenyataan balas berkata,  kenyataan “elder brother” itu tidak merujuk kepada hubungan diplomatik di antara Malaysia dan China.

Katanya, Wang Yi adalah seorang yang lebih tua dan lebih senior sebagai seorang menteri luar dan di atas sebab itulah beliau menggunakan perkataan “elder brother.”

“Ungkapan yang saya gunakan tidak merujuk hubungan dua hala, memandangkan hubungan kukuh (antara Malaysia dan China) adalah berdasarkan saling percaya dan setara.

“Menghormati bahawa Wang Yi lebih tua, dan menteri luar negeri yang lebih senior (berbanding dirinya), justeru secara peribadi (dia) ‘abang’ kepada saya.

“Menunjukkan tanda hormat bukan menandakan kelemahan,” katanya di Twitter.

Apa yang dinyatakan oleh Menteri Luar itu adalah betul, cuma lain kali elakkan guna perkataan-perkataan sebegitu yang mungkin boleh mengakibatkan kekeliruan kepada sesiapa sahaja terutamanya rakyat Malaysia.

Tiada keperluan pun nak panggil Wang Yi itu “elder brother”.

Berurusanlah dengan Wang Yi atau sesiapa sahaja secara “equal.”

Rakyat Malaysia mengharapkan ketegasan kamu dalam mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara.

— DEFENCE SECURITY ASIA

ChinaElder BrotherFujianHishammuddinWang Yi
Comments (0)
Add Comment