Browsing tag

F-35

Pesawat F-35 Bergantung Pada Komponen Dihasilkan Di China?

Tindakan Amerika Syarikat memberikan perlepasan “waiver” meneruskan penghantaran pesawat pejuang F-35 kepada tenteranya walaupun ia mengandungi komponen diperbuat daripada aloi hasil sumber nadir bumi di China, merupakan bukti bahawa ia bergantung kepada negara Komunis itu dalam penghasilan alatan ketenteraannya.

Radar “Anti-Halimunan” China Menanti Pesawat F-35, F-22 Amerika

Mungkin kerana bimbang dengan peningkatan penerbangan-penerbangan “provokatif” oleh pesawat-pesawat halimunan Amerika Syarikat dan sekutunya ke kawasan-kawasan berhampiran sempadannya,  China dilaporkan telah membangunkan sistem radar jarak jauh yang dikatakan mempunyai kemampuan untuk mengesan kehadiran pesawat-pesawat pejuang dan dron halimunan.

Rafale Masih “Mengejar” Pencapaian Jualan F-35 Di Seluruh Dunia

Walaupun pesawat pejuang “Rafale” buatan syarikat Perancis, Dassault Aviation berjaya memenangi kontrak-kontrak besar beberapa bulan kebelakangan ini termasuk daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Indonesia , tetapi realitinya ia masih jauh ketinggalan berbanding apa yang telah dicapai oleh F-35 buatan syarikat Lockheed Martin.

Singapura Mahu Tambah Pembelian F-35?

Singapura dilapor sedang menimbangkan sama ada hendak memperolehi varian berlainan pesawat pejuang F-35 walaupun ia telah bersetuju sebelum ini untuk membeli varian F-35B yang boleh berlepas daripada landasan pendek dan mendarat secara menegak (vertikal).

F-35 “Tapau” Pasaran Pesawat Pejuang Eropah, Pesaing Kecewa

Di dalam tempoh empat tahun, syarikat-syarikat pembuat pesawat pejuang di Eropah seperti Dassault Aviation (Rafale),BAE Systems, Leonardo, Airbus (Eurofighter Typhoon) dan Saab Group (Gripen) hanya sekadar menjadi penonton terhadap kehebatan pesawat F-35 buatan Amerika Syarikat “tapau” pasaran pesawat pejuang di benua itu.

Pesawat F-35 Lightning, “Mod Halimunan” Atau “Mod Haiwan”

Sebenarnya, ada dua cara untuk menerbangkan pesawat pejuang kebanggaan tentera Amerika iaitu F-35 Lightning dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin —  sama ada diterbangkan secara “Mod Halimunan” (Stealth Mode) atau pesawat generasi kelima itu diterbangkan dalam keadaan “Mod Haiwan” (Beast Mode).