Kiev Dihujani Bedilan Dron Berani Mati Iran, Shahed-136
Ibu kota Ukraine, Kiev hari ini dihujani dengan bedilan dron-dron berani mati atau “loitering munitions” buatan Iran dipanggil Shahed-136 yang dilancar oleh tentera Russia.
Browsing tag
Ibu kota Ukraine, Kiev hari ini dihujani dengan bedilan dron-dron berani mati atau “loitering munitions” buatan Iran dipanggil Shahed-136 yang dilancar oleh tentera Russia.
Algeria menjadi negara pertama di Afrika Utara membeli sistem pesawat tanpa pemandu-Medium Altitude Long Endurance (MALE) “Aksungur” selepas ia memesan enam buah sistem itu yang dibangunkan oleh syarikat daripada Turki, dipercayai bagi menggantikan dron-dron buatan China yang sering “berhadapan dengan masalah.”
Thailand menjadi negara Asia Tenggara yang ketiga selepas Singapura dan Filipina untuk memilih pesawat tanpa pemandu (UAV) “Hermes 900” buatan syarikat pertahanan Israel, Elbit Systems, sekaligus membuktikan bahawa rantau ini merupakan pasaran senjata yang “amat menguntungkan” bagi syarikat-syarikat pertahanan Israel.
Malaysia dan Indonesia dikatakan telah menunjukkan minat yang mendalam untuk memperolehi dron bersenjata (unmanned combat aerial vehicle – UCAV) yang dikeluarkan oleh syarikat pembuat dron bersenjata terkenal Turkiye, Baykar.
Sebagaimana yang diketahui, Turki kini berada di barisan hadapan dalam pembuatan sistem pesawat tanpa pemandu (UAV), dengan sistem-sistem seperti Bayraktar TB2 dan Anka kini digunakan oleh beberapa angkatan tentera seluruh dunia.
Anak syarikat Boeing, Insitu telah menerima kontrak berjumlah RM191 juta (RM764 juta) daripada Tentera Amerika Syarikat untuk membekalkan dron RQ-21A Blackjack dan ScanEagle serta peralatan sokongannya.
Dalam temuramah dengan media asing baru-baru ini, ketua pegawai eksekutif Baykar Technology, Haluk Bayraktar telah membuat pendedahan yang mengemparkan dengan mendakwa bahawa China telah meletakan “sekatan teknikal” terhadap dron-dron buatannya.
Israel dan Amerika Syarikat dianggap sebagai negara yang memperkenalkan sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) di medan peperangan dan menjadikannya elemen penting dalam dunia masa ini.
Beberapa hari lepas, syarikat pembuat dron Turki, Baykar menerusi akaun media sosialnya telah menunjukkan produk terbarunya “Bayraktar Akinci” dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan yang di sembilan buah stesyen senjatanya dengan keseluruhan melebihi satu tan.
Usaha China untuk muncul sebagai antara negara pengeksport senjata utama dunia termasuk dron setanding dengan Amerika Syarikat dan Russia berhadapan dengan masalah imej, apabila satu demi satu negara pengguna dron kombat CH-4 keluarannya mengambil keputusan untuk menghentikan penggunaan pesawat tanpa pemandu itu, walaupun mereka baru sahaja membelanjakan ratusan juta Dollar untuk memilikinya.