Sebuah Lagi Negara Asia Tenggara Pilih Dron Israel

Dron Hermes 900 buatan Israel itu akan digunakan oleh Tentera Laut Thailand bagi tugas-tugas ISTAR (Intelligence, Surveillance, Target Acquisition and Reconnaisance) di kawasan-kawasan pesisiran pantai negara jiran Malaysia itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Thailand menjadi negara Asia Tenggara yang ketiga selepas Singapura dan Filipina untuk memilih pesawat tanpa pemandu (UAV) “Hermes 900” buatan syarikat pertahanan Israel, Elbit Systems, sekaligus membuktikan bahawa rantau ini merupakan pasaran senjata yang “amat menguntungkan” bagi syarikat-syarikat pertahanan Israel.

Dron Hermes 900 buatan Israel itu akan digunakan oleh Tentera Laut Thailand bagi tugas-tugas ISTAR (Intelligence, Surveillance, Target Acquisition and Reconnaisance) di kawasan-kawasan pesisiran pantai negara jiran Malaysia itu.

Laporan media pertahanan antarabangsa mengatakan pemilihan dron Hermes 900 yang dikategorikan sebagai dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) oleh Tentera Laut Thailand itu dilakukan selepas melalui proses tender terbuka antarabangsa.

Hermes 900 dipilih oleh tentera Thailand selepas ia mengalahkan pesaingnya termasuk MQ-9 Reaper yang dibangunkan oleh General Atomics, Heron oleh Israel Aerospace Industries dan Wing Loong 2 daripada China.

Thailand dikatakan bakal membelanjakan US$120 juta (RM480 juta) untuk memperolehi tujuh buah unit dron Hermes 900 itu, dua buah mobile ground station dan sebuah indoor ground station.

Dron Hermes 900 itu juga boleh dilengkapi dengan sistem persenjataan tetapi tidak dapat dipastikan sama ada Thailand akan melengkapkan sistem pesawat tanpa pemandu terbarunya itu dengan sebarang sistem persenjataan.

Perolehan dron Hermes 900 oleh Thailand itu menambah koleksi sistem pesawat tanpa pemandu yang digunakan oleh tentera Thailand pada ketika ini.

Hermes 450 milik Tentera Singapura

 

Pada ketika ini, tentera negara jiran Malaysia itu telah pun menggunakan dron Orbiter 3B, Camcopter S-100 dan RQ-21 Black Jack.

Dron Hermes 900 yang dilengkapi dengan muatan seberat 300kg untuk membawa pelbagai peralatan elektronik dan penderia (sensor) boleh berada di udara selama 36 jam tanpa henti dan terbang pada ketinggian 30,000 kaki.

Antara muatan yang boleh dibawa oleh Hermes 900 itu termasuklah electro-optical/infrared sensors, synthetic-aperture radar/ground-moving target indication, communications dan electronic intelligence, electronic warfare dan hyperspectral sensors.

Tugas utama dron Hermes 900 adalah untuk melaksanakan tugas-tugas bagi operasi Intelligence, Surveillance, Target Acquisition dan Reconnaissance (ISTAR).

Hermes 900

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pada Mei lepas, sebuah dron Hermes 900 milik Tentera Udara Filipina dilaporkan terhempas ketika sedang melakukan penerbangan di Cagayan del Oro, sebuah bandar yang terletak di Mindanao, di bahagian selatan negara itu.

Pesawat tanpa pemandu Hermes 900 itu terhempas di sebuah kawasan semak-samun di bandar itu tidak lama selepas Tentera Udara Filipina kehilangan segala hubungan komunikasi dengan ground control station yang mengawalnya.

Filipina dipercayai membelanjakan US$175 juta (RM700 juta) untuk memperolehi kira-kira sembilan buah pesawat tanpa pemandu Hermes 900 dan empat buah Hermes 450 serta segala peralatan sokongan, alat ganti dan ground control station.

Singapura turut menggunakan dron Hermes 900 untuk satu daripada tiga skuadron dron angkatan tenteranya.

Dua lagi skuadron dron republik itu menggunakan dron Heron dan Hermes 450. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
DronfeaturedHermes 900IsraelThailand
Comments (0)
Add Comment