Thailand Bekerjasama Dengan Israel Bangun Sistem Pelancar Roket Berganda “D11A”
Pada awal Ogos yang lalu, Institut Teknologi Pertahanan Thailand (Defence Technology Institute) telah menyerahkan prototaip kenderaan pelancar Sistem Rocket Berganda (MRL) “D11A” yang dibangunkannya sendiri kepada tentera darat negara Asia Tenggara itu untuk diuji nilai sebelum diterima masuk ke dalam perkhidmatan.