Pegawai Tentera Taiwan Ditawar RM67 Juta oleh China Untuk “Curi” Helikopter Chinook
Seorang pegawai tentera Taiwan berpangkat Lt Kolonel ditawar rasuah US$15 juta (RM67.5 juta) untuk mencuri sebuah helikopter CH-47 Chinook buatan-Amerika Syarikat milik tentera pulau itu dan mendaratkannya di atas kapal pengangkut pesawat China yang berada di garisan tengah (median line) Selat Taiwan.