Browsing tag

China

Singapura Bakal Tempatkan Armada Pertama Tentera Laut AS?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Mungkinkah Tentera Laut Amerika sedang berkira-kira untuk mewujudkan pengkalan bagi menempatkan Armada Pertama (First Fleet) di Singapura bagi membantu Armada ke-Tujuh (Seventh Fleet) yang berpengkalan di Jepun. Beberapa hari lalu, Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat Kenneth Braithwaite mencadangkan supaya negara itu mewujudkan Armada Pertama yang terletak di “Lautan Hindi dan Lautan […]

[Video] Dua Pengebom B-1B “Lancer” Cerobohi ADIZ China

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Amerika Syarikat menghantar dua buah pesawat pengebom strategiknya, B1-B Lancer ke Zon Pertahanan Udara (ADIZ) China, dalam apa yang disifatkan oleh pemerhati sebagai satu “pertunjukan kekuatan” (show of force). Kedua-dua pesawat pengebom strategik itu berpusat di Pengkalan Udara Andersen di Guam. Kehadiran kedua-dua pesawat pengebom strategik Amerika Syarikat di […]

China Sasar Kapal Pengangkut Pesawat Amerika di Laut China Selatan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Ogos lepas, China telah melancarkan dua jenis peluru berpandu, dikenali sebagai “DF-26B” dan “DF-21D” dikenali dengan nama “pembunuh kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier killer) ke Laut China Selatan. Kedua-dua peluru berpandu itu meluncur ribuan kilometer dan menurut penganalisis ketenteraan kepada akhbar The South China Morning Post, ia jatuh di perairan […]

Vaksin COVID-19 Untuk Pembebasan Nelayan China – Dakwa Laporan

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Perlumbaan mendapatkan vaksin Covid-19 mendedahkan kemungkinan berlaku pertikaian melibatkan kerajaan di seluruh Asia Tenggara, termasuk Malaysia, dengan China sebagai pengeluar yang disasarkan. Malaysiakini hari ini memetik Nikkei Asia dalam laporan beritanya yang merangkumi perkembangan di beberapa negara Asia Tenggara menyorot rundingan secara berhati-hati yang dikatakan melibatkan Menteri Luar China Wang Yi […]

Pesawat China Bawa Peluru Berpandu Anti-Kapal Terbesar Dunia

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Mana-mana kapal pengangkut pesawat atau kapal perang kena berjaga-jaga apabila melalui Laut China Selatan kerana mereka boleh ditembak daripada jarak sejauh di antara 1,500km hingga 2,000km. Ini kerana China yang mahu menuntut keseluruhan Laut China Selatan itu telah mula mengoperasikan peluru berpandu balistik anti-kapal (Anti-Ship Ballistic Missile-ASBM) menerusi pesawat-pesawat pengebom strategiknya, […]

Kereta Perisai Menyamar Jadi Kren, Taiwan Siap-Sedia Hadapi Perang

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ketika ketegangan di antara China dan Taiwan memuncak dengan senario peperangan di antara kedua-dua negara semakin nyata, tentera Taiwan telah melakukan latihan peperangan di dalam bandar. Peperangan di dalam bandar (urban combat) adalah sesuatu yang biasa bagi mana-mana angkatan tentera terutamanya Taiwan yang sebahagian besar penempatan penduduknya adalah di dalam kawasan bandar. […]

TLDM Terima Kapal LMS Ketiga Daripada China

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal ketiga Littoral Mission Ship (LMS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah selesai fasa pembinaan dan selamat diturunkan ke air di limbungan Wuchang Ship Building Industry Group Ltd (WSIG) di Wuhan, China pada 28 Okt lepas. Kapal LMS ketiga TLDM itu akan menjalani akan menjalani fasa seterusnya iaitu Fasa Ujian Penerimaan di […]

[Video] Russia Lancar Ujian Peluru Berpandu Anti-Satelit “Gazelle”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Russia telah menjalankan ujian pelancaran sistem peluru berpandu 53T6M di lapang sasar Sary-Shagan di Kazakhstan, semalam. Sistem peluru berpandu yang diuji semalam menurut penganalisis senjata Barat dikenali sebagai “Gazelle” yang berfungsi untuk menangkis serangan peluru berpandu ballistik terhadap Russia. Ujian pelancaran semalam dikatakan adalah sebahagian daripada usaha Russia untuk menambah […]

China, Tentera Laut Terbesar Dunia. Mengatasi Amerika Syarikat?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – “China kini memiliki angkatan laut terbesar di dunia,” menurut laporan “China Military Power 2020” yang dikeluarkan oleh Pentagon  baru-baru ini. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pentagon itu, Beijing membelanjakan berbillion dollar setiap tahun untuk membina angkatan laut yang ampuh bagi membantu menegakkan lagi dasar luar negara Komunis itu. Laporan itu mendakwa […]

Amerika Syarikat Sasar Nelayan China Di Laut China Selatan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam tindakan yang akan meningkatkan lagi kemarahan China, pentadbiran Presiden Donald Trump memutuskan untuk menempatkan kapal-kapal peronda pengawal pantainya di Lautan Pasifik untuk mengawasi nelayan haram negara Komunis itu. Tujuan utama Amerika Syarikat itu adalah untuk mengekang kebanjiran bot-bot nelayan China yang menjalankan penangkapan ikan secara haram di Pasifik serta laut-laut […]