[Video] Dua Pengebom B-1B “Lancer” Cerobohi ADIZ China

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Amerika Syarikat menghantar dua buah pesawat pengebom strategiknya, B1-B Lancer ke Zon Pertahanan Udara (ADIZ) China, dalam apa yang disifatkan oleh pemerhati sebagai satu “pertunjukan kekuatan” (show of force).

Kedua-dua pesawat pengebom strategik itu berpusat di Pengkalan Udara Andersen di Guam.

Kehadiran kedua-dua pesawat pengebom strategik Amerika Syarikat di ADIZ China berlaku ketika tentera laut negara Komunis itu sedang menjalankan latihan tentera besar-besaran.

Menurut laman penjejak kapalterbang “Aircraft Spots,” kedua-dua pesawat pengebom strategic Amerika Syarikat itu berlepas daripada Pengkalan Udara Andersen di Guam pada pagi dan memasuki ADIZ China di Laut China Timur.

Dua buah pesawat pengebom strategik B-1B Lancer milik Tentera Udara Amerika Syarikat. (foto kredit pemilik)

Kedua-dua pesawat itu boleh membawa muatan paling besar dalam tentera udara Amerika Syarikat melakukan in-flight refueling (pengisian minyak di udara) sebelum memasuki ADIZ China.

Menurut penganalisis, kehadiran pesawat-pesawat pengebom begitu hampir dengan pantai China merupakan suatu provokasi yang berat daripada Amerika Syarikat.

(Pesawat pengebom strategik B-1B “Lancer”. (video kredit pemiliknya)

Sebelum, negara Uncle Sam itu sering menghantar pesawat-pesawat pengintipnye ke sempadan perairan China, tetapi kehadiran pesawat-pesawat pengebom adalah sesuatu yang amat serius.

Dibawah peraturan antarabangsa, mana-mana pesawat yang melalui zon seumpama itu perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa berkenaan tentang kehadiran mereka, tetapi Amerika Syarikat dan Jepun tidak mengiktiraf pemilikan China terhadap kawasan perairan itu.

Pada ketika ini, tentera laut China sedang menjalankan latihan besar-besar di Laut China Selatan, Laut China Timur dan Laut Bohai.

Paparan dikeluarkan oleh “Aircraft Sports” menunjukkan pergerakan dua buah pesawat B1-B Lancer. (foto kredit Aircraft Sports)

Menurut penganalisis, latihan laut China itu merupakan petanda daripada pucuk pimpinan tertinggi tenteranya tentang kemampuanya untuk melaksanakan operasi di beberapa pentas dalam masa yang sama.

Pihak berkuasa Pentadbiran Keselamatan Maritim China mengeluarkan notis amaran kepada kapal-kapal dan bot-bot supaya menjauhi kawasan daripada selatan Laut Kuning sehinggalah ke perairan di sekitar Pulau Hainan.

Sebuah pesawat pengebom strategik B-1B Lancer sedang mengisi minyak di udara. (foto Twitter)

Di bawah latihan ini, tentera China melakukan latihan di empat lokasi berasingan serentak, yang menunjukkan kemampuan dan kesediannya untuk melaksanakan operasi secara menyeluruh.

SCS Probing Initiative, sebuah badan pemikir China yang memantau pergerakan pesawat dan kapal Amerika Syarikat di Laut China Selatan mengatakan mereka mengesan kehadiran tiga pesawat pengintip negara itu berhampiran sempadan negara Komunis itu.

Ketiga-tiga pesawat pengintip Amerika Syarikat itu adalah, P-8A “Poseidon,” EP-3E Aries II dan RC-135W yang menggunakan kod identifikasi ICAO (Hex Code) palsu.

Pesawat RC-135W Rivet Joint milik Tentera Amerika Syarikat. (foto internet)

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Amerika SyarikatB1-B LancerChinaPesawat Pengebom
Comments (0)
Add Comment