Dron Buatan China Berhadapan Masalah Teknikal Serius?
Usaha China untuk menjadi pembekal pesawat tanpa pemandu (UAV) utama di dunia berhadapan dengan masalah besar, apabila satu demi satu negara yang menggunakan dronnya termasuk “CH-4” keluarannya telah mengambil keputusan untuk menghentikan penggunaan dron itu berikutan masalah teknikal yang amat serius, walaupun baru sahaja memperolehinya.