MINDEF, Boustead Abai Pandangan TLDM Dlm Projek Bina Kapal LCS
Pandangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selaku pengguna akhir (end user) dalam program pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) bernilai RM9 bilion tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), menurut laporan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini.