Browsing tag

Arab Saudi

Tentera Bersekutu Arab Lancar Serangan Udara Ke Kedudukan Houthi Di Yemen

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas diserang dengan puluhan peluru berpandu ballistik dan dron-dron membawa bahan letupan oleh militan Houthi, Arab Saudi dan pasukan tentera bersekutu Arab mula bertindak-balas dengan melancarkan serangan udara terhadap beberapa kedudukan kumpulan itu di Yemen.

Menurut jurucakap kumpulan Houthi, jet jet pejuang tentera udara negara bersekutu Arab telah melancarkan kira-kira 40 serangan udara terhadap kedudukan kumpulan itu di Yemen.

[VIDEO] Militan Houthi “Hujani” Kota-Kota Arab Saudi Dengan Peluru Berpandu, Dron Bersenjata

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam kumpulan militan Houthi di Yemen yang pro-Iran telah melancarkan serangan 14 buah dron bersenjata dan lapan peluru berpandu balistik terhadap beberapa kedudukan yang menempatkan kemudahan minyak dan gas Arab Saudi di Ras Tanura serta Dhahran.

Serangan terbabit berjaya dipatahkan oleh tentera Arab Saudi yang menggabungkan sistem pertahanan udara “Patriot” dan pesawat-pesawat pejuang F-15 untuk menembak jatuh dron bersenjata itu dan peluru-peluru balistik itu.

[VIDEO] Militan Houthi Lancar Serangan Peluru Berpandu, Dron Bersenjata Terhadap Arab Saudi

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Malam tadi merupakan malam yang sibuk bagi tentera Arab Saudi yang berhadapan dengan serangan bertali-arus satu peluru berpandu ballistik dan enam buah dron yang dilengkapi dengan bahan letupan. Kesemua peluru berpandu ballistik dan dron membawa bahan letupan dilancarkan oleh kumpulan militan Houthi Yemen yang disokong oleh Iran. Sistem pertahanan udara “Patriot” […]