Syarikat Tempatan Bangunkan “Full Mission Simulator” Pesawat FA-50

Program Industrial Collaboration Program (ICP) yang ditawarkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) sekiranya ia berjaya memenangi tender bagi pesawat FLIT/LCA Tentera Udara Diraja Malaysia adalah amat menyeluruh dan mampu melonjakkan keupayaan teknologi tempatan.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Cadangan Industrial Collaboration Program (ICP) oleh Korea Aerospace Industries (KAI) dengan kerajaan Malaysia sekiranya negara memilih FA-50 Block 20 sebagai pesawat FLIT/LCA pilihannya akan turut menyaksikan syarikat teknologi tempatan turut menerima kesan positif daripadanya.

Menurut Ketua Pegawai Kewangan Kemalak Systems Sdn Bhd Mej (B) Mohd Iswandi Mohd Shariff, antaranya syarikat tempatan yang akan menerima kesan positif daripadanya adalah – Ikramatic Systems Sdn Bhd.

Syarikat tempatan, Ikramatic Systems yang ditubuhkan pada tahun 1998 itu sememangnya dikenali dan berpengalaman di dalam bidang simulator penerbangan dan telah berjaya membangunkan simulator pesawat serta helikopter kepada kerajaan Malaysia.

“Untuk Full Mission Simulator, syarikat Ikramatic Systems berjaya melepasi piawaian dan tapisan yang ketat untuk menjadi antara Global Supply Chain untuk KAI bagi program simulator.”

“Bukan sahaja terhad kepada simulator pesawat pejuang, tetapi turut merangkumi platform lain seperti helikopter,unmanned aerial vehicle (uav) dan lain-lain di masa hadapan,” kata Mohd Iswandi kepada Defence Security Asia baru-baru ini.

Pesawat FA-50 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI).

 

Kemalak Systems merupakan rakan perunding tempatan bagi syarikat KAI untuk program ICP terbabit.

Memandangkan bilangan pengguna-pengguna pesawat FA-50/T-50 di seluruh dunia semakin meningkat, maka ia menyediakan peluang juga kepada syarikat tempatan untuk memasarkan “Full Mission Simulator” pesawat itu yang dibangunkan oleh syarikat tempatan kepada pelanggan-pelanggan yang lain.

Di Asia Tenggara sahaja, pesawat-pesawat FA-50/T-50 digunakan oleh tentera-tentera udara Thailand, Filipina dan Indonesia.

Syarikat KAI menawarkan pesawat FA-50 Block 20 bagi pertimbangan Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk program perolehan 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA).

Syarikat KAI daripada Korea Selatan merupakan gergasi aeroangkasa dan pertahanan daripada Korea Selatan.

Selain pesawat FA-50/T-50 yang dibangunkannya dengan kerjasama konglomerat pertahanan terkemuka Amerika Syarikat, Lockheed Martin, KAI juga sedang membangunkan pesawat pejuang generasi 4.5 dikenali dengan nama “KF-21 Boramae.”

Untuk tender 18 buah pesawat FLIT/LCA TUDM, KAI bersaing dengan beberapa syarikat pembuat pesawat pejuang yang turut menyertai persaingan bernilai RM4 bilion untuk membekalkan pesawat jenis itu kepada negara.

Kerajaan dijangka mengumumkan pemenang pada pertengahan tahun depan.

Antara syarikat lain yang menyertai tender Kementerian Pertahanan itu termasuk usahasama antara syarikat Pakistan Aeronautical Complex/Chengdu Aircraft Industry Group yang menawarkan pesawat JF-17, Hongdu L-15B CATIC daripada China, Hindustan Aeronatics Limited (HAL) dengan pesawat “Tejas”, Yakovlev dengan pesawat Yak-130, Leonardo dengan pesawat M-346, Saab Gripen, Boeing T-7 Red Hawk dan Rosoboronexport menerusi pesawat MiG-35.

Pesawat FA-50 Varian MRCA

 

Program ICP yang ditawarkan oleh KAI sekiranya ia berjaya memenangi tender bagi pesawat FLIT/LCA TUDM adalah amat menyeluruh dan mampu melonjakkan keupayaan teknologi tempatan.

Selain pemindahan teknologi pembangunan full mission simulator pesawat FA-50 itu, syarikat KAI juga menawarkan untuk mewujudkan ‘final assembly line’ bagi pesawat FA-50 serta MRO (Maintenance, Refurbishment and Overhaul) di Malaysia.

DEFENCE SECURITY ASIA

FA-50featuredIkramaticKAISimulator
Comments (0)
Add Comment