(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada hari-hari terakhir konflik di antara Pakistan dan India sebelum gencatan senjata menghentikannya buat sementara waktu pada ketika ini, Islamabad telah mengerahkan antara sistem persenjataan yang “mengerunkan” New Delhi dan “memeningkan kepala” perancang-perancang tenteranya.
Sistem persenjataan yang dimaksudkan itu adalah GMLRS (Guided Multiple Launch Rocket System) Fatah-1 dan Fatah-II yang dibangunkan oleh National Engineering and Scientific Commission (NESCOM) dan dipasarkan oleh syarikat pertahanan milik negara, Global Industrial & Defence Solutions (GIDS).
Sistem GMLRS Fatah-1 dan Fatah-II itu merupakan pesaing kepada sistem M142 High Mobility Artillery Rocket System (HIMARS) keluaran Amerika Syarikat.
Kedua-dua sistem GMLRS, Fatah-1 dan Fatah-II yang dibangunkan di dalam negara itu diibaratkan sebagai sebagai senjata berat yang hanya digunakan apabila konflik bersenjata itu mencapai tahap yang serius — sebelum konflik terbabit menyaksikan tahap intensiti yang lebih tinggi dan bakal menyaksikan penggunaan peluru-peluru berpandu ballistik pula.
Melihat tentera Pakistan melancarkan roket-roket berpanduan Fatah-I dan Fatah-II ke sasaran di India merupakan suatu permandangan yang menggerunkan.
Menurut laporan sebelum ini, Fatah-II dibangunkan sebagai tindak balas terhadap doktrin peperangan terhad India yang dikenali sebagai Cold Start Doctrine (CSD).
Fatah-II memperkukuh keupayaan serangan konvensional Pakistan, membolehkannya melaksanakan misi pemintasan jauh ke dalam wilayah musuh.
Buat pertama kali, pangkalan tentera India di bahagian belakang, depot peluru, pusat logistik dan pangkalan udara kini berada dalam jangkauan sistem artileri berpandu konvensional milik Pakistan.
Tentera Pakistan dilaporkan mula melancarkan roket-roket berpanduan daripada sistem GMLRS Fatah-I dan Fatah-II ke beberapa sasaran penting di India selepas New Delhi melancarkan serangan peluru berpandu kruis BrahMos dan SCALP EG terhadap sekurang-kurangnya enam buah pangkalan udara penting Pakistan seperti Noor Khan, Mureed dan Shorkot.
Menurut laporan, Pakistan telah melancarkan roket Fatah-II yang berkeupayaan membedil sasaran sejauh 400km itu terhadap sasaran ketenteraan di New Delhi, tetapi dengan pihak India menapis segala bentuk maklumat berkaitan serangan Pakistan, kita mungkin tidak akan mengetahui sebarang bentuk kerosakan akibat bedilan roket itu.
Kedua-dua sistem pelancar roket berpanduan berganda, Fatah-I dan Fatah-II itu dibangunkan bagi membolehkan tentera Pakistan membedil sasaran-sasaran jauh di dalam kawasan musuh dengan darjah ketepatan yang amat tinggi.
“Sistem-sistem ini, daripada Fatah-I hingga kepada Fatah-II, direka khusus untuk kegunaan taktikal dan strategik, membolehkan serangan jarak jauh ke dalam wilayah musuh,” menurut seorang penganalisis tentera serantau.
Pengenalan sistem GMLRS Fatah-I dan Fatah-II juga dengan sendirinya mencerminkan fokus dan penekanan oleh perancang Angkatan Tentera Pakistan terhadap pembangunan produk-produk pertahanan tempatan dan keupayaan kendiri.
Kedua-dua sistem ini dibangunkan dibawah NESCOM dan GIDS merupakan sebahagian daripada strategi lebih besar untuk memodenkan dan meningkatkan keupayaan sistem artileri roket negara itu.
Peralihan daripada sistem tidak berpanduan daripada siri Yarmouk kepada sistem berpanduan seperti siri Fatah turut menandakan perubahan doktrin ketenteraan ke arah serangan lebih tepat dan keupayaan menyerang sasaran berkepentingan musuh daripada daripada suatu jarak jauh (standoff).
Pakar-pakar pertahanan melihat pengenalan sistem roket berpandu Fatah-1 dan Fatah-II sebagai lonjakan strategik dalam keupayaan artileri Tentera Darat Pakistan, khususnya dalam menghadapi ancaman berprofil tinggi dari sempadan timur.
“Sistem Fatah mencerminkan perubahan doktrin ketenteraan Pakistan dari sekadar menyeimbangi kuasa konvensional kepada memiliki keupayaan precision strike yang boleh memberi kesan strategik terhadap struktur komando dan logistik musuh,” menurut seorang pakar.
Beliau menyatakan bahawa keupayaan sistem itu untuk melancarkan serangan tepat dari jarak jauh bukan sahaja meningkatkan kebolehan taktikal Pakistan, malah berperanan sebagai alat pencegah (deterrent) dalam konflik berskala terhad atau penuh.
Seorang lagi pakar menyatakan bahawa pengenalan sistem Fatah adalah “langkah semula jadi” selepas kejayaan sistem tidak berpandu seperti Yarmouk.
“Apabila anda beralih daripada artileri tidak berpandu kepada roket berpandu berketepatan tinggi, anda sedang memberi mesej bahawa konflik masa depan tidak lagi ditentukan oleh kuantiti, tetapi ketepatan dan masa tindak balas,” jelas beliau.
Beliau menekankan bahawa keupayaan Fatah-II, bakal menambah tekanan terhadap sebarang struktur pertahanan udara statik yang dimiliki pihak lawan.
Fatah-1 dan Fatah-II: Sistem Roket Pandu Terkini Pakistan Tingkatkan Keupayaan Serangan Tepat
Pakistan terus memperkukuh keupayaan artileri jarak jauhnya menerusi pembangunan sistem roket berpandu terkini, dikenali sebagai Fatah-1 dan Fatah-II, di bawah inisiatif strategik antara NESCOM dan Global Industrial & Defence Solutions (GIDS).
Kedua-dua sistem ini merupakan sebahagian daripada usaha mempertingkat ketumbukan taktikal Tentera Darat Pakistan dengan keupayaan serangan tepat dari jarak jauh, sekaligus menambah lapisan keupayaan serangan balas dan pencegahan dalam konflik berintensiti tinggi.
Sistem Roket Pandu Berteknologi Tinggi
Fatah-1 dan Fatah-II diklasifikasikan sebagai sistem Guided Multiple Launch Rocket System (GMLRS), yang memiliki kelebihan utama dari segi ketepatan dan jangkauan berbanding sistem roket konvensional yang tidak berpandu seperti siri Yarmouk.
Roket ini menggunakan sistem panduan inersia (INS) dan GPS, membolehkan peluru berpandu mengenai sasaran dengan margin kesilapan yang kecil (CEP yang rendah), sekaligus sesuai digunakan untuk misi serangan terhadap sasaran bernilai tinggi seperti depot peluru, pusat arahan, dan lokasi pertahanan udara musuh.
Perbandingan Teknikal: Sistem Roket Berpandu Fatah-1 vs Fatah-II
Ciri / Spesifikasi |
Fatah-1 |
Fatah-II |
Kategori |
Roket Berpandu MLRS |
Roket Berpandu MLRS |
Julat Serangan |
Sehingga 140 km |
Dianggarkan 400 km |
Sistem Panduan |
INS (Inertial Navigation) + GPS |
INS + GPS |
Ketepatan (CEP) |
Anggaran < 10 meter |
Anggaran < 10 meter |
Jenis Kepala Peledak |
Peledak Konvensional (High Explosive) |
Peledak Konvensional (High Explosive) |
Platform Pelancar |
Kenderaan Taktikal 8×8 MLRS |
Kenderaan Taktikal 8×8 MLRS |
Sistem Pelancar |
Modular – Berbilang Tiub |
Modular – Berbilang Tiub |
Kemampuan “Standoff” |
Ya – Lancaran dari luar zon pertahanan udara |
Ya – Jangkauan lebih jauh, peningkatan fleksibiliti operasi |
Status Operasi |
Telah dioperasikan oleh Tentera Darat Pakistan |
Telah beroperasi |
Tahun Diumumkan |
2021 (Ujian dan pendedahan rasmi) |
2023 (Pendedahan awal oleh GIDS) |
Fakta Menarik
-
Kedua-dua sistem ini dibangunkan oleh NESCOM dan Global Industrial & Defence Solutions (GIDS) sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang untuk memperkukuh keupayaan artileri pintar Pakistan.
-
Berbeza daripada roket tidak berpandu konvensional seperti Yarmouk-series, siri Fatah membolehkan serangan lebih tepat terhadap sasaran taktikal bernilai tinggi.
-
Keupayaan “shoot-and-scoot” membolehkan pelancar berpindah segera selepas pelancaran, mengurangkan risiko dikesan atau dibalas oleh musuh.