Singapura, Australia Perbesar Kemudahan di Kawasan Latihan Tentera Shoalwater Bay di Queensland

Kawasan Latihan Shoalwater Bay yang digunakan oleh kedua-dua angkatan tentera Singapura dan Australia itu terletak di Queensland, Australia itu dan dianggarkan berkeluasan kira-kira lima kali ganda berbanding Singapura.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan Singapura dan Australia telah membuka kemudahan-kemudahan baru serta memperbesarkan kemudahan sedia di kawasan latihan tentera bersama dinamakan Shoalwater Bay Training Area.
Kawasan Latihan Shoalwater Bay yang digunakan oleh kedua-dua angkatan tentera Singapura dan Australia itu terletak di Queensland, Australia itu dan dianggarkan berkeluasan kira-kira lima kali ganda berbanding Singapura.
Usaha memperbesarkan kawasan latihan tentera di Shoalwater Bay itu telah dilakukan oleh kedua-dua kerajaan sejak 2016  dibawah Kerjasama Komprehensif Strategik Australia-Singapura. (Australia-Singapore Comprehensive Strategic Partnership)
Kerja-kerja pembinaan kemudahan baru dan pembesaran kemudahan sedia ada di Shoalwater itu hanya siap baru-baru ini.
Menurut Menteri Kanan bagi Pertahanan Singapura Heng Chee How yang menghadiri majlis perasmian kemudahan-kemudahan baru di kawasan latihan Shoalwater Bay itu berkata, projek itu adalah hasil kerjasama dan kepercayaan di antara kedua-dua negara.
“Kemudahan ini akan membenarkan perlaksanaan latihan bersesuaian untuk meningkatkan kemampuan peperangan (Angkatan Tentera Singapura) yang perlu untuk pertempuran pada masa depan. Kedua-dua angkatan tentera (Singapura dan Australia) akan mendapat manafaat daripada kemudahan ini untuk tahun-tahun akan mendatang, “ kata beliau sebagaimana dipetik oleh akhbar The Straits Times.

Turut hadir pada majlis itu adalah Setiausaha Jabatan Pertahanan Australia Greg Moriarty.
Menurut kenyataan oleh Kementerian Pertahanan Australia, Kawasan Latihan Shoalwater Bay telah diperbesarkan untuk memenuhi keperluan masa depan Angkatan Tentera Australia dan juga memenuhi keperluan peningkatan bilangan anggota tentera Singapura yang melakukan latihan unilateral.
“Sehingga 6,600 anggota tentera Singapura boleh berlatih untuk tempoh sembilan minggu setiap tahun, berbanding 45 hari sebelum ini,” menurut kementerian itu.
Antara kemudahan-kemudahan baru di Kawasan Latihan Shoalwater Bay di Queensland itu adalah – dua kemudahan operasi tembakan menggunakan peluru hidup yang merupakan kali pertama di Australia, kawasan lapang sasar bersama udara-darat, kem penginapan untuk sehingga 2,000 anggota tentera dan kemudahan perubatan, pentadbiran dan serta lain-lain kemudahan sokongan.
Kemudahan-kemudahan baru itu akan meningkatkan lagi latihan bagi angkatan tentera kedua-dua negara.

“Pembesaran kawasan latihan sedia ada di Shoalwater Bay itu akan membolehkan Angkatan Tentera Australia dan Singapura melakukan latihan unilateral masing-masing pada satu-satu masa di samping menyokong latihan bilateral yang kompleks.”
Angkatan Tentera kedua-dua negara sedang terlibat dalam latihan bilateral dinamakan Exercise Trident 2024 melibatkan latihan di mana tentera darat kedua-dua negara dikerah daripada laut ke darat , manuver dan mengempur sasaran.
“Ia adalah detik bersejarah terkini dalam Kerjasama Strategik Komprehensif antara dua negara dan kami menyambut baik peluang untuk belajar daripada satu sama lain dalam latihan ini,” menurut Moriarty. — DSA

AustraliafeaturedShoalwater BaySingapura
Comments (1)
Add Comment