(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 4 hingga 15 November lepas, Defence Security Asia melaporkan sekumpulan anggota tentera darat Malaysia telah ke Pakistan untuk menyertai latihan bersama tentera darat Pakistan dinamakan Eksesais Harimau Markor Siri 2/2024.
Seramai lima pegawai dan 13 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja (5 RRD) dan lima pegawai serta 28 anggota LLP dari 4 Light Commando Battalion (LCB) Tentera Darat Pakistan menyertai Eksesais Harimau Markor 2/2024 itu.
Latihan bersama tentera darat Malaysia dan Pakistan itu telah berlangsung di National Counter Terrorism Centre (NCTC) di Pakistan.
“Eksesais Harimau Markhor Siri 2/2024 telah memberikan fokus kepada Counter Terrorism Op in Jungle Environment, selain perkongsian dari segi taktik, teknik dan prosedur (TTP) serta persekitaran bentuk muka bumi Pakistan.”
“Usaha ini tampak memberi impak yang positif dalam mengeratkan hubungan persahabatan kedua-dua buah negara dengan saling bertukar idea, ilmu dan kemahiran masing-masing,” menurut posting media sosial Tentera Darat baru-baru ini.
Hanya beberapa minggu selepas anggota tentera darat Malaysia berkunjung ke Pakistan untuk menjalani latihan bersama, kini anggota tentera darat India pula berkunjung ke Malaysia untuk mengadakan latihan tentera bersama.
Ringkasan:
Tentera Darat Malaysia terlibat dalam dua latihan ketenteraan bersama Pakistan dan India pada akhir 2024, bertujuan memperkukuh kerjasama pertahanan dan meningkatkan keupayaan operasi:
- Eksesais Harimau Markor Siri 2/2024:
- Berlangsung di National Counter Terrorism Centre (NCTC), Pakistan, dari 4-15 November.
- Melibatkan anggota dari Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja Malaysia (5 RRD) dan 4 Light Commando Battalion Tentera Darat Pakistan.
- Fokus: operasi antikeganasan di kawasan hutan, pertukaran taktik, teknik, dan prosedur (TTP).
- Eksesais Harimau Shakti Siri 6/2024:
- Diadakan di Kem Bentong, Pahang, Malaysia, dari 2-15 Disember.
- Disertai oleh Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) dan 11 Mahar Regiment Tentera Darat India.
- Fokus: taktik, prosedur, dan operasi kompleks melalui Cross Training Exercise (CTX) dan Field Training Exercise (FTX).
Latihan ini memperkukuh hubungan diplomatik dan pertahanan Malaysia dengan kedua-dua negara, meningkatkan kebolehan menghadapi cabaran keselamatan serantau yang semakin mencabar.