Selain Malaysia, Pemerintahan Marin Amerika Juga Berminat Perolehi F/A-18C/D Kuwait?

Pada 2022, pihak Pemerintahan Kor Marin Amerika Syarikat (United States Marines Command) pernah dilaporkan oleh portal pertahanan “Breaking Defense” sebagai berminat untuk memperolehi pesawat-pesawat pejuang F/A-18C/D Hornet milik Tentera Udara Kuwait.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selain Malaysia, Amerika Syarikat juga pernah dilaporkan laman web pertahanan negara itu berminat untuk memperolehi pesawat-pesawat pejuang F/A-18C/D millik Tentera Udara Kuwait itu.
Pada 2022, pihak Pemerintahan Kor Marin Amerika Syarikat (United States Marines Command) pernah dilaporkan oleh portal pertahanan “Breaking Defense” sebagai berminat untuk memperolehi pesawat-pesawat pejuang F/A-18C/D Hornet milik Tentera Udara Kuwait.
Perkara itu dinyatakan oleh penganalisis pertahanan yang berpangkalan di Kuwait Ali Al Hashim kepada laman web pertahanan Amerika Syarikat itu, yang turut menyatakan bahawa Tentera Udara Kuwait mengoperasikan 27 buah varian satu tempat duduk F/A-18C dan enam buah varian dua tempat duduk, F/A-18D.
Menurut laman web itu, selain Malaysia, negara Afrika Utara iaitu Tunisia turut dilaporkan berminat untuk memperolehi pesawat pejuang terpakai F/A-18C/D milik Kuwait itu.
“Kuwait tidak boleh menjual pesawat pejuang Legacy Hornet mereka kepada negara lain tanpa memperolehi persetujuan terlebih dahulu daripada Tentera Laut Amerika Syarikat.”

“Terdapat laporan bawah United States Marine Command kelihatan seperti berminat untuk memperolehi pesawat-pesawat pejuang Hornet milik Kuwait dan rundingan di antara mereka sedang berjalan,” kata penganalisis pertahanan itu.
Terdahulu Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Kuwait memberikan jawapan positif berkaitan perolehan pesawat pejuang F/A-18C/D berkenaan dan kedua-dua negara bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi memulakan perbincangan serta rundingan.
Beliau berada di Kuwait minggu lepas untuk lawatan kerja dengan agenda perbincangan ketika berada di sana adalah berkenaan perolehan pesawat pejuang F/A-18C/D Kuwait.
Menurutnya, perolehan 33 buah pesawat pejuang F/A-18C/D Hornet milik Tentera Udara Kuwait (KAF) adalah menetapi perancangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Beliau berkata perolehan pesawat pejuang berkenaan juga wajar, kerana pesawat pejuang milik KAF mempunyai jam penerbangan yang rendah.
“Perolehan pesawat pejuang ini adalah wajar. Jika dilihat pesawat ini hanya merekodkan antara 2,000 hingga ke 3,000 jam penerbangan daripada 6,000 hingga 7,000 jam penerbangan maksimum,” katanya.
Pada Jun lepas, pasukan teknikal TUDM telah mengadakan lawatan ke Kuwait bagi mengadakan rundingan berkaitan perolehan pesawat tempur berkenaan.

Panglima TUDM dilaporkan berkata pesawat-pesawat F/A-18D (Hornet) milik Tentera Udara Kuwait masih dalam keadaan baik dan mempunyai jam operasi yang rendah berbanding pesawat Hornet TUDM sedia ada.
Tentera Udara Kuwait memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan pesawat-pesawat F/A-18 C/D miliknya selepas ia memperolehi pesawat-pesawat F/A-18 E/F Super Hornet serta Eurofighter Typhoon.
Untuk menggantikan pesawat F/A-18C/D miliknya,  Kuwait telah memperolehi sebanyak 28 buah pesawat Super Hornet yang terdiri daripada 22 buah pesawat satu tempat duduk F/A-18E dan enam buah pesawat F/A-18F Super Hornet yang bakal beroperasi daripada Pangkalan Udara Ahmed al-Jaber.
Selain pesawat-pesawat pejuang Super Hornet, Kuwait turut membeli 28 buah  pesawat Eurofighter Typhoon yang dibangunkan oleh BAE Systems yang dianggarkan bernilai US$8.7 bilion (RM38.73 billion) — DSA

F/A-18C/DfeaturedHornetKuwait
Comments (0)
Add Comment