Saluran Telegram Jual Dokumen Teknologi Pesawat KF-21 “Boramae”, Helikopter KUH-1 “Surion”

Saluran Telegram terbabit dilaporkan menerbitkan laporan pada Februari 2024 menyatakan bahawa ia mempunyai "kolaborator" di dalam tentera Korea Selatan dan Agency for Defense Development (ADD).
(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan bersama terhadap saluran Telegram yang mendakwa “menjual dokumen teknologi” pesawat pejuang KF-21 “Boramae” dan helikopter KUH-1 Surion.
Sebagaimana dilaporkan oleh media Korea Times, siasatan itu dilakukan secara bersama oleh beberapa agensi negara itu seperti pihak tentera, polis agensi dan perisikan kebangsaan.
Kedua-dua aset itu, dibangunkan oleh gergasi aeroangkasa negara itu, Korea Aerospace Industries (KAI) yang telah ditubuhkan pada tahun 1999.
Saluran Telegram terbabit dilaporkan menerbitkan laporan pada Februari 2024 menyatakan bahawa ia mempunyai kolaborator di dalam tentera Korea Selatan dan Agency for Defense Development (ADD).
Ia juga menyatakan bahawa ia menjual dokumen-dokumen berkenaan helikopter pertama dibangunkan oleh negara itu,KUH-1 Surion.
Saluran Telegram itu juga mengeluarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan alat-alatganti helikopter berkenaan.
KUH-1 Surion

 

Selain itu, ia juga mendakwa bahawa telah berjaya mendapatkan dokumen-dokumen teknologi berkenaan pesawat pejuang generasi 4.5, KF-21 Boramae yang sedang dibangunkan oleh KAI pada ketika ini.
Saluran Telegram itu mendakwa ia bersedia untuk menjual dokumen-dokumen teknologi pesawat pejuang KF-21 itu selepas proses pemeriksaannya.
Ia juga mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan dengan latihan tentera bersama Freedom Shield di antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
Dilancarkan pada 2015, program pembangunan pesawat pejuang KF-21 “Boramae” terbabit dianggar melibatkan kos US$6.59 bilion (RM26.36 bilion).
Korea Selatan dijangka akan memulakan produksi besar-besaran pesawat KF-21 itu pada pada tahun ini dan tahun dengan pembuatan 40 buah pesawat pejuang itu untuk ROKAF.

Korea Aerospace Industries (KAI) merancang untuk membekalkan 40 pesawat KF-21 Block 1 yang direka bentuk untuk misi udara-ke-udara pada 2026, disusuli 80 pesawat KF-21 Block 2 untuk misi udara-ke-darat pada fasa berikutnya.
KAI dilaporkan akan berbelanja sebanyak US$178 juta (RM800 juta) untuk mula membina 40 buah pesawat KF-21 “Boramae” itu.
Gergasi aeroangkasa Korea Selatan itu turut dilaporkan berhasrat untuk memulakan eksport pesawat pejuang KF-21 “Borame” kepada pelanggan berminat selepas memenuhi keperluan Tentera Udara Republik Korea (ROKAF).
KUH-1 Surion yang dibangunkan oleh KAI itu merupakan helikopter utiliti yang kini digunakan oleh tentera Korea Selatan.
Helikopter utiliti pelbagai guna KUH-1 Surion adalah sebuah helikopter moden yang memiliki kelebihan berbanding helikopter-helikopter utiliti yang berada di pasaran pada masa ini.

“Antara kelebihan helikopter KUH-1 Surion berbanding helikopter utiliti lain di pasaran adalah, keupayaannya untuk beroperasi pada waktu siang dan malam serta kemampuan untuk beroperasi dalam semua keadaan cuaca.”
Helikopter KUH-1 Surion keluaran KAI itu diintergrasikan dengan pembangunan terkini helikopter seperti penggunaan kokpit gelas digital, Automatic Flight Control Systems (AFCS), peta digital 3D, perancangan misi dan analisa, Health and Usage Monitoring System (HUMS) dan lain-lain.
Helikopter itu juga dilengkapi dengan  sistem Night Vision Goggle (NVG) terkini selain kawalan penerbangan.
Pada ketika ini, KAI telah menghasilkan 300 buah helikopter utiliti KUH-1 Surion untuk angkatan tentera Korea Selatan dan kegunaan awam.
Dilengkapi dengan dua enjin, berkelajuan 146 knots, Maximum Take-off Gross Weight (MTOW)  8.7 tonnes, helikopter utiliti pelbagai guna itu berkemampuan membawa 13 orang penumpang termasuk dua juruterbang. — DSA

featuredKF-21SurionTelegram
Comments (0)
Add Comment