(VIDEO) Saksikan Detik Terakhir Pesawat Pejuang MiG-29 Milik India Terhempas, Terbakar

(VIDEO) Kenyataan daripada Tentera Udara India menyebut: “Sebuah pesawat pejuang MiG-29 milik Tentera Udara India telah terhempas di Agra semasa penerbangan rutin hari ini (semalam) selepas mengalami kegagalan sistem (system malfunction).”
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah pesawat pejuang MiG-29 milik Tentera Udara India (IAF) telah terhempas di Agra, daerah Uttar Pradesh semalam.
Bagaimanapun juruterbangnya terselamat selepas berjaya menggunakan kerusi injal (ejection seat).
Pesawat pejuang itu dilaporkan berlepas daripada Adampur di Punjab dan sedang terbang menuju ke Agra untuk menyertai latihan sebelum ia berhadapan dengan masalah dan telah terhempas.
Video tentang kejadian itu telah viral dalam media-media sosial negara itu.
Kenyataan daripada Tentera Udara India menyebut: “Sebuah pesawat pejuang MiG-29 milik Tentera Udara India telah terhempas di Agra semasa penerbangan rutin hari ini (semalam) selepas mengalami kegagalan sistem (system malfunction).”
(VIDEO PESAWAT PEJUANG MIG-29 TENTERA UDARA INDIA TERHEMPAS)
“Juruterbang berjaya bertindak untuk mengelak daripada menyebabkan kemalangan jiwa atau kerosakan harta-benda di darat sebelum menggunakan kerusi injal dengan selamat. Jawatankuasa siasatan telah diarahkan oleh Tentera Udara India, untuk menentukan punca kejadian.”
Laporan juga mengatakan bahawa pesawat pejuang MiG-29 yang malang itu baru sahaja selepas dinaiktaraf dan dikenali sebagai MiG-29UPG.
Ia adalah pesawat pejuang MiG-29 yang kedua terhempas dalam tempoh dua bulan.
Pada September lalu, sebuah pesawat pejuang MiG-29 mengalami masalah teknikal semasa penerbangan rutin pada waktu malam di Barmer, Rajastan dan terhempas.
Bagaimanapun, juruterbangnya juga telah terselamat.

(VIDEO PESAWAT PEJUANG MIG-29 TENTERA UDARA INDIA TERHEMPAS)

Tentera Udara India mula mengoperasikan pesawat pejuang MiG-29 pada 1987 apabila ia memperolehi kira-kira 80 buah pesawat pejuang itu daripada Kesatuan Soviet pada ketika itu (kini Russia).
Pesawat pejuang MiG-29 milik Tentera Udara India menggunakan kerusi injal Zvezda K-36D zero-zero yang dilaporkan amat selamat.
Kerusi Injal K-36D itu dilaporkan adalah antara kerusi injal paling moden di pasaram dan turut dipasang di pesawat pejuang Su-30MKI milik Tentera Udara India juga.
Tentera Udara India mula mengoperasikan pesawat pejuang MiG-29 pada 1987 apabila ia memperolehi kira-kira 80 buah pesawat pejuang itu daripada Kesatuan Soviet pada ketika itu (kini Russia).
India juga telah bertindak menaiktaraf pesawat pejuang MiG-29 miliknya itu, dengan mengintergrasikannya dengan teknologi dan sistem avionik moden bersesuaian dengan perkembangan teknologi. — DSA

 

featuredIndiaMiG-29
Comments (3)
Add Comment