(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu insiden yang memaparkan kemampuan sistem persenjataan Russia, sistem pertahanan udara S-350 Vityaz telah berjaya menembak jatuh 12 roket HIMARS yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine secara sekaligus dalam satu operasi khas.
Kementerian Pertahanan Russia telah mengedarkan video tentang kejayaan dicapai oleh sistem pertahanan udara S-350 Vityaz (Brave Warrior) menembak jatuh 12 roket HIMARS secara sekaligus, sebagaimana dimaklumkan oleh Komander Divisyen Pertahanan Udara Battlegroup Yug kepada media Sputnik.
Ia adalah kali pertama Kementerian Pertahanan Russia menyiarkan video tentang operasi sistem pertahanan udara S-350 Vityaz bersama-sama sistem pertahanan udara Pantsir-S1 di lapangan Donetsk untuk melindungi anggota tentera negara itu daripada ancaman serangan udara.
“Kami mengesan serangan di antara 12 hingga 16 roket lancaran berganda (MLRS) HIMARS, tetapi sistem pertahanan udara S-350 Vityaz kami telah berjaya menanganinya dengan tiada satu pun daripada roket-roket HIMARS itu mengenai sasarannya.”
“Sistem pertahanan udara S-350 Vityaz tidak berhadapan dengan masalah dalam mengesan dan memusnahkan roket-roket HIMARS itu,” menurut Komander Battlegroup Yug kepada media tempatan Russia itu.
Menurut keterangan daripada komander itu lagi, sasaran telah berjaya dikesan ketika ia berada di jarak kira-kira 90km dan ditembak jatuh kira-kira 70km daripada kedudukan sistem pertahanan udara S-350 Vityaz itu.
“Salah satu kelebihan paling ketara sistem pertahanan udara S-350 Vityaz itu adalah ‘homing head’ yang membolehkan ia manuver untuk membedil sasarannya. Peluru berpandu (missile interceptor) itu akan manuver selari dengan sasaran,” menurut komander itu lagi.
Menurut media Russia “Sputnik” itu, sistem pertahanan udara S-350 Vityaz itu adalah jauh lebih baik berbanding sistem-sistem pertahanan udara yang setara berikutan kelebihan dimilikinya di dalam beberapa aspek sistem itu.
Ini termasuklah di dalam aspek mobiliti, kelincahannya (manuver) selain kemampuannya untuk beroperasi di dalam keadaan persekitaran yang sukar sama ada daripada segi mukabumi dan cuaca yang buruk.
Sistem pertahanan udara S-350 Vityaz itu juga mudah dan cepat untuk dioperasikan di lokasi di mana ia beroperasi.
Sementara itu, sistem pertahanan udara itu juga dilengkapi dengan bekalan kuasa otonomi (autonomous power supply), sekaligus memastikan ia tidak memerlukan bekalan tenaga luaran.
“Sistem ini beroperasi dengan sempurna dengan mod otomatik. Kesemua peluru berpandu yang dilancarkan menerusi mod ini telah dilancarkan dan berjaya membedil sasarannya dengan tepat,” salah seorang anggota yang mengoperasikan sistem pertahanan udara S-350 Vityaz kepada media Russia itu.
Pada Jun tahun lepas, Menteri Industri Russia Denis Manturov memberitahu Sputnik bahawa sistem pertahanan udara S-350 Vityaz itu berjaya membedil sasarannya ketika beroperasi di dalam mod otomatik di kawasan operasi ketenteraan khas iaitu di Ukraine.
Ia adalah kejayaan pertama kali di dunia dimana sistem pertahanan udara yang beroperasi secara mod otomatik menggunakan Artificial Intelligence (AI) tanpa sebarang pembabitan daripada manusia.
Sistem pertahanan udara Russia merupakan satu-satunya sistem pertahanan udara di dunia yang berkemampuan memusnahkan peluru berpandu hypersonik.
Pada masa yang sama, hanya Angkatan Tentera Russia memiliki peluru berpandu hypersonik yang telah beroperasi secara aktif di medan peperangan, menurut Menteri Industri Russia itu.
Sistem pertahanan udara S-350 Vityaz juga memiliki varian untuk pasaran eksport, dikenali sebagai “S-350E Vityaz.”
Spesifikasi Teknikal Sistem Pertahanan Udara S-350 Vityaz:
Engagement range (max / min)
aerodynamic targets 120 / 2.5 km
ballistic targets 25/5 km
Engagement altitude (max / min):
aerodynamic targets 25 / 0.01 km
ballistic targets 20/2 km
Maximum speed of engaged targets 2000 m / s
Maximum quantity of simultaneously:
engaged aerodynamic targets 16
engaged ballistic targets 12
guided missiles at aerodynamic targets 32
guided missiles at ballistic targets 24
— DSA