Sistem S-300 Greek Lakukan “Radar Lock” Terhadap F-16 Turki

Insiden berbahaya yang boleh menjerumuskan kedua-dua negara anggota NATO ke konflik bersenjata itu berlaku pada 23 Ogos lepas di Pulau Rhodes di Laut Aegean dan telah disahkan oleh Kementerian Pertahanan Turki, lapor agensi berita negara itu, Anadolu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu tindakan yang dianggap sebagai “hostile”, sistem pertahanan udara S-300 milik Tentera Greek yang ditempatkan di Pulau Crete telah melakukan “radar lock” terhadap pesawat pejuang F-16 milik Turki.

Insiden berbahaya yang boleh menjerumuskan kedua-dua negara anggota NATO ke konflik bersenjata itu berlaku pada 23 Ogos lepas di Pulau Rhodes di Laut Aegean dan telah disahkan oleh Kementerian Pertahanan Turki, lapor agensi berita negara itu, Anadolu.

Pesawat pejuang F-16 Tentera Udara Turki sedang terbang pada ketinggian 10,000 kaki di barat Pulau Rhodes apabila radar sistem pertahanan buatan Russia milik Greek itu melakukan “radar lock” terhadapnya.

Pesawat pejuang F-16 Turki

 

Pesawat pejuang Turki itu meneruskan misinya walaupun berhadapan dengan suasana yang mencemaskan itu sebelum pulang ke pangkalan udara.

Menurut Kementerian Pertahanan Turki, “radar lock” disifatkan sebagai tindakan permusuhan (act of hostility) sebagaimana ditakrifkan oleh “Peraturan Pertempuran” (Rules of Engagement) pihak NATO (North Atlantic Treaty Organisation).

Sehari selepas kejadian pada 23 Ogos itu, empat buah pesawat F-16 Greek telah dilaporkan melakukan “radar lock” terhadap lima buah pesawat F-16 Turki yang sedang mengiringi pesawat B-52 Amerika Syarikat dalam satu misi NATO.

Pesawat-pesawat F-16 Turki yang mengiringi pesawat pengebom B-52 Amerika Syarikat itu dilengkapi dengan peluru berpandu AIM-120 AMRAAM dan AIM-9 Sidewinder.

Laporan media Turki mengatakan bahawa pesawat-pesawat F-16 Turki itu telah bertindak-balas untuk “menghalau” pesawat Greek.

Kedudukan Pulau Rhodes milik Greek di Laut Aegean

 

Pihak berkuasa bagaimanapun menafikan versi insiden yang dinyatakan oleh pihak Turki.

Pihak Kementerian Pertahanan Turki telah melaporkan tentang tindakan “hostile” oleh pihak Greek itu kepada pihak berkuasa NATO dimana atase pertahanan Greek telah dipanggil untuk memberikan respons mereka tentang insiden itu.

Kedua-dua negara, Turki dan Greek adalah negara anggota NATO tetapi hubungan kedua-dua negara itu sentiasa tegang.

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Bagaimanapun disebabkan pertelingkahan sejak berdekad lamanya meliputi beberapa isu seperti pertikaian wilayah di Laut Aegean dan ruang udara, hubungan  kedua-dua negara sentiasa tegang sehingga hampir mencetuskan peperangan sebanyak tiga kali.

Ketegangan antara kedua-dua negara jiran itu meletus kembali pada tahun 2020 berhubung hak mencarigali sumber gas asli di Laut Mediterranean sehingga menyebabkan Turki dan Greek mengerah kapal-kapal perang mereka.– DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

    

F-16featuredGreekRadar LockS-300Turki