Russia Runding Dengan Negara Arab Dalam Pengeluaran Pesawat Pejuang Generasi Kelima ??

Kenyataan itu, yang dibuat di tengah-tengah salah satu pameran pertahanan utama di Timur Tengah, mencerminkan hasrat Moscow untuk mengukuhkan hubungan dalam industri aeroangkasa di rantau yang sekian lama dikuasai oleh pembekal dari Barat.
Russia Runding Dengan Negara Arab Dalam Pengeluaran Pesawat Pejuang Generasi Kelima ??
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Wakil dari Rosoboronexport memberitahu media-media yang hadir pada IDEX 2025 di Abu Dhabi baru-baru ini bahawa syarikat itu sedang mengadakan rundingan dengan negara-negara Arab bagi kerjasama dalam pengeluaran pesawat pejuang generasi kelima.
Bagaimanapun, wakil itu tidak menyatakan pesawat pejuang generasi kelima yang dimaksudkannya, sama ada Su-57 Felon atau Su-75 Checkmate.
Kenyataan itu, yang dibuat di tengah-tengah salah satu pameran pertahanan utama di Timur Tengah, mencerminkan hasrat Moscow untuk mengukuhkan hubungan dalam industri aeroangkasa di rantau yang sekian lama dikuasai oleh pembekal dari Barat.
Dengan pasaran senjata global memberi tumpuan, prospek kerjasama ini menonjolkan cita-cita Rusia untuk memperluaskan pengaruhnya di Teluk, di mana pemodenan ketenteraan dan autonomi teknologi semakin mendapat keutamaan.
Kenyataan itu, yang dibuat di tengah-tengah salah satu pameran pertahanan utama di Timur Tengah, mencerminkan hasrat Moscow untuk mengukuhkan hubungan dalam industri aeroangkasa di rantau yang sekian lama dikuasai oleh pembekal dari Barat.
Dengan pasaran senjata global memberi tumpuan, prospek kerjasama ini menonjolkan cita-cita Rusia untuk memperluaskan pengaruhnya di Teluk, di mana pemodenan ketenteraan dan autonomi teknologi semakin mendapat keutamaan.
Su-75
Su-75 “Checkmate”
Varian eksport pesawat pejuang generasi kelima Russia, Sukhoi Su-57E (Export) akan memasuki produksi pada tahun ini, dengan pelanggan eksportnya yang pertama dijangka menerima pesawat pejuang itu pada tahun ini.
Menurut Rosoboronexport baru-baru ini, ia adalah satu detik bersejarah kepada pesawat pejuang itu dalam meluaskan lagi pasarannya terutama di peringkat antarabangsa.
Berkata kepada agensi berita Interfax, Ketua Rosoboronexport Alexander Mikheev menyatakan bahawa pelanggan eksport pertama pesawat pejuang Su-57E itu akan menerima dan mengoperasikan pesawat pejuang pelbagai guna canggih itu pada tahun ini.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identity negara eksport pertama bagi varian eksport pesawat pejuang Su-57E itu.
Stesen televisyen milik kerajaan Algeria telah pun mengesahkan bahawa negara  Afrika itu adalah pelanggan eksport pertama bagi pesawat pejuang generasi kelima Russia, Sukhoi Su-57 Felon, sekaligus menamatkan teka-teki mengenai pelanggan eksport pertama bagi pesawat pejuang generasi kelima itu.
Stesen televisyen Algeria itu menyatakan, “Juruterbang Algeria sedang menjalani latihan di Russia, dan penghantaran (pesawat pejuang Su-57) itu dijangka dilakukan tahun ini.”
Ia bagaimanapun tidak memberitahu jumlah pesawat pejuang Su-57 yang bakal diperolehi oleh Algeria serta kos perolehannya.
Terdapat laporan daripada sumber-sumber tidak rasmi menyatakan bahawa Algeria mungkin pada peringkat awal memperoleh hanya enam unit pesawat pejuang Su-57.
Pesawat pejuang  Su-75 “Checkmate” merupakan jawapan Rusia terhadap dominasi teknologi pesawat pejuang halimunan generasi kelima oleh Amerika Syarikat.
Firma pembuat pesawat pejuang terkenal Russia, Sukhoi memasarkan “Checkmate” sebagai alternatif yang lebih kos efektif berbanding pesawat pejuang halimunan Barat, menggabungkan keupayaan canggih dengan harga yang lebih mampu milik.
Dengan teknologi halimunan yang menjadikannya hampir tidak dapat dikesan radar, pesawat pejuang generasi kelima Russia itu yang telah mula beroperasi di dalam Tentera Udara Russia termasuk di Ukraine, sukar dipintas oleh musuh oleh pesawat-pesawat dan sistem pertahanan udara musuh.
Su-75 “Checkmate”
Su-57
Berdasarkan kejayaan ini, Rusia mengumumkan usaha telah dipercepatkan untuk membangunkan jet pejuang halimunan baharunya, Sukhoi Su-75 yang lebih kos effektif dengan pasaran antarabangsa menjadi tumpuan dan fokus.
United Aircraft Corporation (UAC) mengesahkan bahawa pembangunan Sukhoi Su-75 “Checkmate” kini berada pada peringkat akhir.
Syarikat itu juga mendedahkan rancangan untuk mengeksport pesawat tersebut ke pasaran antarabangsa, termasuk India.
Menurut agensi berita Rusia TASS, Sergei Korotkov, pegawai kanan United Aircraft Corporation, menyifatkan Su-75 sebagai jet pejuang generasi kelima enjin tunggal dengan tahap pembangunannya hampir selesai.
“Pembangunan pesawat pejuang taktikal ringan generasi kelima Su-75 Checkmate telah mencapai tahap yang baik, membolehkan perkembangan lanjut program ini dianggap menjanjikan. Masa depan pesawat ini dapat dilihat dengan penuh optimisme, kata Sergei Korotkov, pereka utama dan timbalan pengarah UAC kepada RIA Novosti.
Korotkov turut menyatakan bahawa ramai pembeli antarabangsa sedang mempertimbangkan pesawat ini, dengan menekankan permintaan pasaran yang tinggi terhadap jet pejuang tersebut.
Beliau menambah bahawa “proses pembangunan sedang berjalan dengan lancar.”
— DEFENCE SECURITY ASIA

ArabRosoboronexpportRussiaSU-57Su-75
Comments (0)
Add Comment