Pertama Kali Dlm 30 Tahun, Kapal Perang Russia Di Baltik Bawa Senjata Nuklear Ketika Meronda

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh agensi perisikan Norway pada 13 Feb lalu, Kesatuan Soviet sememangnya melengkapkan kapal-kapal perangnya yang meronda di Laut Baltic dengan senjata taktikal nuklear ketika era Perang Dingin, tetapi ini adalah kali pertama ia dilakukan oleh Russia sejak kejatuhan Soviet.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama di dalam tempoh 30 tahun, kapal-kapal tentera laut Russia yang bernaung di bawah Armada Utara di Laut Baltik kini dilengkapkan dengan senjata-senjata taktikal nuklear ketika meronda di kawasan perairan terbabit.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh agensi perisikan Norway pada 13 Feb lalu, Kesatuan Soviet sememangnya melengkapkan kapal-kapal perangnya yang meronda di Laut Baltic dengan senjata taktikal nuklear ketika era Perang Dingin, tetapi ini adalah kali pertama ia dilakukan oleh Russia sejak kejatuhan Soviet.

Kapal-kapal perang Tentera Laut Russia di Laut Baltic adalah daripada Armada Utara (Northern Fleet).

“Kunci utama kepada potensi nuklear itu adalah pada kapal selam dan kapal-kapal permukaan milik Armada Utara Tentera Laut Russia.”

“Senjata-senjata nuklear taktikal terutamanya adalah ancaman yang serius dalam beberapa scenario operasional di mana negara-negara NATO mungkin terlibat,”  menurut laporan oleh agensi perisikan Norway itu.

Kapal selam nuklear Russia daripada kelas-Yasen.

 

Laporan perisikan itu mengatakan bahawa Russia memiliki kemampuan kapal selam,senjata anti-satelit dan siber yang boleh mengancam Norway.

Laporan oleh agensi perisikan Norway itu dikeluarkan hanya beberapa hari sebelum konflik Russia-Ukraine mencecah usia setahun pada 24 Februari ini.

Agensi perisikan itu mengatakan bahawa tindakan Russia melengkapkan kapal-kapal perangnya yang meronda di Laut Baltik itu membuktikan ia akan berterusan mengancam keselamatan bukan sahaja Norway, tetapi juga negara-negara NATO yang lain.

“Ketegangan berterusan di antara Russia dan negara-negara Barat bermakna bahawa Moscow akan berterusan ancaman nuklear kepada NATO dan seterusnya Norway.”

“Ia tidak boleh dinafikan bahawa konflik tempatan boleh merebak menjadi peperangan yang lebih besar dengan penglibatan secara langsung oleh Russia, Amerika Syarikat, NATO dan Norway,” menurut laporan itu.

Sebuah kapal perang Russia sedang melancarkan peluru berpandu dalam satu latihan.

 

Ia juga berkata bahawa pangkalan-pangkalan laut Armada Utara Tentera Laut Russia di Kola, Northern Bastion dan Laut Barents menjadi semakin penting, selari dengan kepentingan senjata-senjata nuklear dan kemampuan cegah rintang strategiknya.

Laporan pada Kongres Amerika Syarikat pada tahun lepas juga mengatakan bahawa Russia sedang membangunkan beberapa sistem pelancar yang mampu membawa senjata-senjata nuklear taktikal.

Pada Disember tahun lepas, Presiden Russia Vladimir Putin berkata bahawa kemampuan senjata nuklear negara itu memainkan peranan penting kepada sistem pertahanan yang dimiliki oleh Russia.– DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

BaltikfeaturedNuklearRussiaTaktikal