Russia Bekal Iran Sistem EW Jarak Jauh “Murmansk-BN” Untuk Hadapi Amerika, Israel

Laporan tentang pengoperasian sistem peperangan elektronik jarak jauh “Murmansk-BN” oleh Iran itu timbul selepas pemerhatian OSINT (Open Source Intelligence) menyatakan pesawat-pesawat pengangkut Russia melakukan penerbangan tanpa henti di antara Russia dan Iran baru-baru ini.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Iran dilaporkan telah dibekalkan dengan sistem peperangan elektronik jarak jauh oleh Russia dipanggil “Murmansk-BN”, bagi berhadapan dengan kemungkinan serangan besar-besaran oleh Israel dan Amerika Syarikat.

Laporan menyatakan Iran telah memasang sistem peperangan elektronik jarak jauh ini di beberapa bahagian negara itu timbul ketika ketegangan di antara Iran dengan Israel memuncak selepas rejim Yahudi itu membunuh Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di Teheran minggu lepas.

Teheran mengancam akan melakukan serangan besar-besaran terhadap Israel pada bila-bila masa, manakala Israel pula memberi amaran akan bertindak balas terhadap mana-mana serangan disasarkan terhadapnya.

Laporan tentang pengoperasian sistem peperangan elektronik jarak jauh “Murmansk-BN” oleh Iran itu timbul selepas pemerhatian OSINT (Open Source Intelligence) menyatakan pesawat-pesawat pengangkut Russia melakukan penerbangan tanpa henti di antara Russia dan Iran baru-baru ini.

Pesawat-pesawat pengangkut IL-76 Russia itu didakwa membawa pelbagai jenis sistem persenjataan tidak diketahui jenisnya ke Iran.

Sistem EW “Murmansk-BN” Russia

 

Laporan-laporan OSINT itu bersumberkan aplikasi-aplikasi penjejakan penerbangan komersial seperti Flight Radar dan lain-lain bagi menjejaki penerbangan tanpa henti pesawat-pesawat kargo Russia yang sebelum ini didakwa sering digunakan untuk mengangkut senjata.

Sistem peperangan elektronik jarak jauh dipanggil “Murmansk-BN” itu dikatakan ia adalah sistem EW paling berkuasa di dalam angkatan tentera negara Russia.

Selain Murmansk-BN, antara sistem-sistem peperangan elektronik Russia yang lain adalah “Krasukha” dan “Divnomorye” yang digunakan untuk menganggu komunikasi satelit, signal GPS dan komunikasi pesawat tanpa pemandu.

Tetapi mengapa, sistem “Murmansk-BN” ini dikatakan sistem peperangan elektronik paling berkuasa tentera Russia?

Jawapannya adalah kerana kemampuan sistem “Murmansk-BN” ituyang berkeupayaan menganggu dan memintas signal-signal radio, Global Positioning System (GPS), komunikasi, satelit dan sistem elektronik musuh lain sehingga 5,000km jauhnya.

Kompleks Sistem Radio-EW “Murmansk-BN”

 

Tujuan utama sistem ini adalah untuk menganggu dan memusnahkan sistem komunikasi satelit berfrekuensi tinggi miliik Amerika Syarikat dan NATO.

Selain itu, ia boleh juga membuatkan senjata-senjata “pintar” (smart munition) dan sistem-sistem pesawat tanpa pemandu “menjadi buta dan pekak.”

Terdapat penganalisis pertahanan mengatakan jarak operasi sistem Murmansk-BN bukan 5,000km tetapi jarak maksimum operasinya adalah sehingga 8,000km.

Sistem peperangan elektronik Russia ini bukan sahaja berfungsi untuk “jamming” signal radio dan komunikasi musuh, tetapi ia juga digunakan untuk mengintip kemampuan radio pihak lawan.

Kementerian Pertahanan Russia juga dilaporkan sebelum ini telah memindahkan sistem EW  jarak jauh “Murmansk-BN” ke pengkalan tenteranya di Artik berhampiran dengan sempadan Finland.

 Moscow bagaimanapun tidak menyatakan sebab-musabab disebalik pemindahan sistem peperangan elektronik jarak jauh itu ke pengkalannya di Artik, berhampiran Finland, tetapi ramai meramalkan ia berkaitan dengan ketegangan di dalam hubungan ketenteraan di antara Moscow dengan negara-negara anggota NATO.

Sistem EW jarak jauh “Murmansk-BN”

 

Dari pengkalannya di Artik berhampiran dengan Finland itu, sistem EW Murmansk-BN itu boleh melumpuhkan sistem radio dan komunikasi di seluruh Eropah dan inilah yang dibimbangi oleh NATO dan Amerika Syarikat.

Moscow pernah menjalankan ujian terhadap sistem ini pada 2019 dan Norway yang terletak berhampiran telah mengesan gangguan terhadap sistem radio-nya yang berkemungkinan besar adalah akibat frekuensi sistem EW Murmansk-BN itu.

Norway pernah mengemukakan bantahan terhadap Russia kerana gangguan terhadap sistem radio dan komunikasi di negara itu akibat ujian sistem peperangan elektronik oleh Moscow itu.

Negara Scandinavia itu bimbang jika sistem komunikasi dan radio negara itu lumpuh, ia boleh mengancam keselamatan negara itu.

Bayangkan, pesawat tanpa sistem radio, elektronik dan satelit tidak membenarkan mereka berhubung dengan ground station dan lain-lain. Dalam lain perkataan, aset-aset yang pintar bolehlah diibaratkan seperti “buta, bisu dan pekak.” — DSA

featuredIranMurmansk-BNRussia