PTD Dianugerah International Hall Of Fame United States Army Command and General Staff College

Panglima Tentera Darat merupakan rakyat Malaysia yang ketiga dalam lipatan sejarah yang telah dimasyhurkan sebagai ahli IHOF USAGCSC.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Muhammad Hafizuddeain Jantan telah dimasyhurkan sebagai ahli ke-300 International Hall Of Fame (IHOF) United States Army Command and General Staff College (USACGSC) di Fort Leavenworth, Kansas, USA pada 11 Oktober 2024.
Penganugerahan yang diterima oleh PTD ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan.
Ini adalah kerana Panglima Tentera Darat merupakan rakyat Malaysia yang ketiga dalam lipatan sejarah yang telah dimasyhurkan sebagai ahli IHOF USAGCSC.

Muhammad Hafizuddeain dimasyhurkansebagai ahli IHOF USAGCSC selepas Jeneral Tan Sri Md Hashim Hussein (B) (PTD Ke-18) dan Jeneral Tan Sri Mohd Shahrom Dato’ Haji Nordin (B) (PTD Ke-19).
Panglima Tentera Darat merupakan alumni USACGSG pada tahun 2001.
Turut hadir ialah Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Puan Sri Wira Hartiah binti Hamzah.
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia turut berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan di atas pencapaian tersebut. — DSA

AmerikaAnugerahfeaturedPTD
Comments (0)
Add Comment