Pesawat Gen-5 Russia “Su-57” Berdepan Masalah?

Walaupun mula dibangun pada 2002 dan penerbangan pertama pada 2010, tetapi bilangan pesawat generasi kelima Russia dalam tentera udara negara itu "mengecewakan."

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun pesawat generasi kelima Russia, Su-57 telah melakukan penerbangannya yang pertama pada 2010 iaitu kira-kira 11 tahun dahulu yang lepas, tetapi bilangan pesawat itu dalam tentera udara negara kuasa besar dunia itu pada ketika ini “amat sedikit.”

Pesawat pertama Su-57 hanya diserahkan kepada Tentera Udara Russia pada tahun lepas, walaupun usaha-usaha membangunkan pesawat itu telah bermula seawal tahun 2002.

Pesawat generasi kelima Russia itu merupakan jawapan negara itu kepada pesawat-pesawat generasi kelima Amerika Syarikat seperti F-22 Raptor dan F-35 Lightning.

Mengikut perancangan oleh pihak tentera negara itu, mereka hanya menjangka akan menerima 22 buah pesawat generasi kelima terkini Russia pada itu pada tahun 2024, sebelum bilangan pesawat itu ditangan Tentera Udara Russia itu meningkat kepada 76 buah pada 2028.

Bagaimanapun penganalisis ketenteraan Barat mendakwa bahawa pesawat generasi kelima Russia tidak akan memasuki perkhidmatan aktif tentera negara itu sebelum tahun 2027 berikut beberapa masalah yang dihadapinya.

Antara masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh syarikat pembuat pesawat pejuang Su-57 itu adalah berkaitan cost-overuns dan masalah berkaitan kajian dan pembangunan (research and development).

Kesemua masalah ini telah melambatkan produksi pesawat pejuang itu, menyebabkan segelintir pemerhati mengatakan bahawa pesawat Su-57 itu adalah “projek yang gagal.”

Sebuah pesawat Su-57 terhempas ketika melakukan penerbangan ujian di wilayah Khabarovsk, di Siberia pada Disember 2019.

Walaupun dilabel sebagai pesawat yang bermasalah, namun ia tidak menghalang  pihak Russia untuk memasarkannya untuk pasaran eksport, malah versi export pesawat pejuang terkini negara itu juga sedang dibangunkan.

Pesawat satu tempat duduk dua enjin itu direkabentuk untuk  operasi air superiority dan serangan.

Pesawat Su-57 yang dikatakan adalah pesawat pejuang Russia yang pertama menggunakan teknologi halimunan (stealth) tu boleh memusnahkan segala sasaran di udara, darat dan maritime.

Sistem persenjataan pesawat ini pula mendakwa bahawa pesawat itu boleh membawa sehingga empat peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) “K-77” (dipanggil NATO AA-12 Adder) yang boleh membedil sasaran udara sehingga 193km jauhnya berbanding 180km bagi peluru berpandu udara-ke-udara AMRAAM buatan Amerika Syarikat.

Peluru berpandu udara-ke-udara “K-77M.”

 

Peluru berpandu K-77 itu sememangnya direka untuk dibawa oleh pesawat Su-57.

Pesawat Su-57 boleh membawa sehingga lapan buah peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh dan dua buah peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat iaitu K-74M2

Untuk misi-misi darat dan maritim pula, pesawat Su-57 boleh membawa pelbagai bom dan peluru berpandu.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

featuredGen-5RussiaSU-57