Pesawat Peronda Maritim Atlantique 2 Perancis di “Lock On” S-400 Russia di Laut Baltik

Terdapat juga laporan menyatakan bahawa pesawat peronda maritim Perancis itu bukan sahaja di “lock on” oleh sistem pertahanan udara S-400 Russia tetapi turut berhadapan dengan serangan Peperangan Elektronik (EW) oleh unit tentera Russia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada waktu malam Januari 15-16 baru-baru ini, sebuah pesawat peronda maritim Atlantique 2 milik Tentera Laut Perancis telah di “lock on” oleh radar sistem pertahanan udara S-400 milik Russia ketika ia sedang melaksanakan misi di Laut Baltik.
Radar sistem pertahanan udara S-400 milik Russia itu dipercayai ditempatkan di exclave Kaliningrad bagi mengawasi sebarang aset udara NATO berhampiran.
Kaliningrad adalah sebuah exclave, yang merupakan sebuah wilayah kecil milik Russia tetapi secara geografinya ia terpisah daripada tanah besar Russia dan bersempadan dengan negara-negara anggota NATO, Poland dan Lithuania.
“Pada malam Rabu, pesawat peronda maritim Atlantique 2 milik Tentera Laut Perancis telah menjadi sasaran provolasi Russia,” kata Menteri Pertahanan Perancis Sebastien Lecornu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di platform X.
“Pesawat itu sedang melakukan rondaan di ruang udara antarabangsa di atas Laut Baltik sebagai sebahagian daripada operasi NATO dan telah disasarkan oleh radar kawalan tembakan sistem pertahanan udara S-400 milik Russia.”

“Tindakan agresif Rusia ini tidak boleh diterima. Angkatan tentera kami akan terus bertindak untuk mempertahankan kebebasan navigasi di ruang udara dan laut antarabangsa,” kata Menteri Pertahanan Perancis itu.
“Mensasarkan pesawat (peronda maritime) kami di perairan antarabangsa menggunakan radar adalah tindakan yang agresif. Sikap profesional kru pesawat berjaya mengelakkan sesesuatu yang lebih besar,” kata jurucakap Angkatan Tentera Perancis Kolonel Guillaume Vernet.
Terdapat juga laporan menyatakan bahawa pesawat peronda maritim Perancis itu bukan sahaja di “lock on” oleh sistem pertahanan udara S-400 Russia tetapi turut berhadapan dengan serangan Peperangan Elektronik (EW) oleh unit tentera Russia.
Ketika insiden “lock on” itu, pesawat peronda maritim Atlantique 2 Tentera Laut Perancis itu yang berlepas daripada pangkalannya di Brittany, utara Perancis dilaporkan sedang melakukan misi pemantauan dan pengawasan berhampiran perairan Sweden dan Laut Baltik.
Laut Baltik merupakan kawasan operasi rutin bagi pesawat rondaan maritim dan pengawasan Atlantique 2 serta pesawat NATO lain.
Dari kawasan ini, mereka memastikan keselamatan navigasi sambil memantau pergerakan dan aktiviti tentera laut serta udara Rusia, termasuk aktiviti di daratan Kaliningrad, yang terletak di antara negara anggota NATO, Poland dan Lithuania.
Wilayah Kaliningrad, sebuah exclave milik Russia yang terleta di antara Poland dan Lithuania.
Pesawat peronda maritim itu dipercayai membawa pelbagai peralatan pengawasan dan pada masa yang sama juga boleh dilengkapi dengan peluru berpandu kruis dan torpedo, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ketika insiden ia membawa sebarang sistem persenjataan.
Pesawat peronda milik Tentera Laut Perancis itu ada sama tarafnya dengan pesawat peronda maritime Tu-142 milik Russia atau P-8 Poseidon milik Amerika Syarikat.
Pesawat peronda maritim Atlantique 2 milik Perancis itu berkemampuan terbang sejauh 4,300 Batu Nautika dan berada di udara selama 14 jam.
Insiden “lock on” itu berlaku ketika hubungan di antara Perancis dan Russia berada dalam keadaan yang tegang berikutan peperangan di Ukraine.
Perancis merupakan antara negara yang paling kuat menyokong kerajaan Ukraine dalam menentang Russia dan telah menghulurkan pelbagai bantuan ketenteraan kepada Kiev.

Berikut adalah spesifikasi teknikal pesawat peronda maritim Atlantique 2 (ATL2) milik Tentera Laut Perancis, yang merupakan pesawat rondaan maritim moden digunakan untuk misi anti-kapal selam, pengawasan maritim, dan operasi pelbagai guna lain:
Maklumat Umum
  • Pengeluar: Dassault Aviation
  • Jenis: Pesawat Rondaan Maritim (Maritime Patrol Aircraft – MPA)
  • Diperkenalkan: 1989 (versi asal); Versi yang dinaik taraf diperkenalkan sejak 2019
  • Pengendali Utama: Tentera Laut Perancis (Marine Nationale)
Dimensi
  • Panjang: 31.6 meter
  • Rentang Sayap: 36 meter
  • Ketinggian: 10.9 meter
Prestasi
  • Kelajuan Maksimum: 650 km/j (350 knot)
  • Kelajuan Rondaan: 315 km/j (170 knot)
  • Julat Operasi: 7,400 km
  • Tempoh Masa Udara: Sehingga 14 jam (bergantung kepada misi)
Enjin
  • Jenis: 2 x Rolls-Royce Tyne RTy 20 Mk 21
  • Daya Tolakan: 6,100 hp setiap satu
Avionik dan Sistem Sensor
  • Radar Maritim: Radar Thales Searchmaster untuk pengesanan sasaran permukaan dan bawah permukaan.
  • Sistem Elektro-Optik/IR: Turret Safran Euroflir 410 untuk pemantauan visual siang dan malam.
  • Pengesan Akustik: Sistem pemprosesan sonar untuk menjejak kapal selam (termasuk penggunaan sonobuoy).
  • Sistem Peperangan Elektronik (EW): Digunakan untuk pengesanan dan gangguan elektronik.
  • Sistem Data Link: Komunikasi masa nyata dengan unit darat atau kapal lain.
S-400 “Triumf”
Persenjataan
  • Peluru Torpedo: MU90 Impact torpedo (untuk misi anti-kapal selam).
  • Peluru Berpandu: Exocet AM39 untuk misi anti-kapal permukaan.
  • Senjata Lain: Bom dalam laut (depth charges) dan peluru berpandu udara-ke-darat.
Naik Taraf Atlantique 2 (Standard 6)
Projek naik taraf pesawat kepada “Standard 6” yang sedang berlangsung merangkumi:
  1. Peningkatan radar maritim (Thales Searchmaster).
  2. Sistem pengesanan elektro-optik dan infra-merah (Euroflir 410).
  3. Perisian pemprosesan data yang lebih canggih.
  4. Peningkatan sistem peperangan elektronik dan komunikasi.
Pesawat Atlantique 2 terus menjadi komponen kritikal dalam misi pengawasan maritim dan operasi NATO, dengan keupayaan yang disesuaikan untuk menangani ancaman moden di darat, laut, dan bawah permukaan.
Tentera Laut Perancis pada asalnya mengoperasikan 28 pesawat Atlantique 2 (ATL2). Menjelang tahun 2012, jumlah ini berkurang kepada 22 pesawat.
Daripada jumlah tersebut, 18 pesawat sedang dinaik taraf kepada Standard 6, dengan jangkaan siap sepenuhnya pada tahun 2025.
Peningkatan ini bertujuan memastikan pesawat-pesawat tersebut kekal beroperasi sehingga tahun 2035. — DSA
Atlantique 2maritimPerancisRussiaS-400
Comments (0)
Add Comment