Pesawat Pejuang TUDM, Friget FREMM Perancis “Bretagne” Adakan Eksesais Air Defence

Sebagai sebahagian daripada kerahan jarak jauhnya bermula daripada April hingga Oktober tahun ini, kapal perang friget FREMM Tentera Laut Perancis daripada kelas-Aquitaine “Bretagne” (D655) telah singgah di Kota Kinabalu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) telah melaksanakan Eksesais Air Defence bersama kapal frigat FREMM (Frigate European Multi-Mission (FREMM) kelas-Aquitaine “Bretagne” milik Tentera Laut Perancis.
Kenyataan media sosial TUDM tidak menyatakan lokasi latihan itu, tetapi ia dipercayai di Laut China Selatan.
Eksesais ini merupakan latihan berskala kecil secara opportunity basis apabila kapal kelas frigat Tentera Laut Perancis itu berlabuh di Kota Kinabalu mulai 04 hingga 07 Sep 24.
Objektif eksesais adalah seperti berikut – “Building partner relationship between the RMAF and French Navy, based on mutual benefit, mutual trust and mutual understanding, establish C2 training between RMAF fighter unit and French Navy ship.”
Penglibatan aset TUDM dalam eksesais ini adalah sebanyak tiga buah pesawat pejuang manakala Tentera Laut Perancis pula menggunakan kapal frigat FREMM kelas-Aquitaine “Bretagne” dan sebuah helikopter jenis NH90.
Kapal friget FREMM Tentera Laut Perancis “Bretagne”  ketika tiba di Kota Kinabalu (France in Malaysia FB)
 Eksesais telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu.
 Fasa Pertama adalah taklimat koordinasi di antara MAWILUD 2, No 6 Skuadron, Skuadron 330 Kota Samarahan, Pusat Kawalan Lalu Lintas Udara Bersama Kota Kinabalu  bersama wakil daripada Tentera Laut Perancis.
Fasa Kedua pula merupakan Ship Strike Exercise (SSX) di antara pesawat pejuang bersama dengan kapal friget Bretagne Tentera Laut Perancis di kawasan latihan perairan.
Photography Event telah dilaksanakan selepas tamat latihan.
Sepanjang eksesais berlangsung, Markas Pemerintahan Operasi Udara melalui MAWILUD 2 telah bertindak sebagai penyelaras utama eksesais bersama Tentera Laut Perancis di samping mengkoordinasi dan melaksanakan segala keperluan taklimat penerbangan (Mission Brief) dan memantau serta mengawal pergerakan pesawat sepanjang eksesais.
 Kolaborasi di dalam diplomasi pertahanan ini dapat meningkatkan kecekapan operasi malah dapat memperkasakan kapasiti warga TUDM dalam melaksanakan misi di perairan.
(TUDM)
Eksesais ini juga dapat mengeratkan hubungan kerjasama udara kedua-dua negara dengan latihan yang berfokus.
Sebagai sebahagian daripada kerahan jarak jauhnya bermula daripada April hingga Oktober tahun ini, kapal perang friget FREMM Tentera Laut Perancis daripada kelas-Aquitaine “Bretagne” (D655) telah singgah di Kota Kinabalu.
Sebelum singgah di Kota Kinabalu, kapal friget Tentera Laut Perancis itu telah singgah di Manila, Filipina.
Kapal-kapal friget kelas-FREMM adalah kapal friget yang direka oleh firma DCNS daripada Perancis dan Fincantieri daripada Itali dalam program bersama untuk menggantikan kapal-kapal friget dan destroyer di dalam tentera laut kedua-dua negara.
Pada ketika ini Tentera Laut Perancis dikatakan memiliki lima buah kapal friget kelas-Aquitaine seperti “Bretagne” sedang berkhidmat, walaupun perancangan awalnya adalah untuk membina sebanyak 17 buah kapal friget kelas terbabit.
“Bretagne” (TLDM)
“Bretagne”
Kapal friget kelas-Aquitaine yang ditauliahkan kedalam perkhidmatan Tentera Laut Perancis pada 2019 itu memiliki berat 6,000 tan dan panjang 142 meter itu adalah kapal friget halimunan yang berkemampuan melaksanakan pelbagai misi.
Ia memiliki 108 krew, kelajuan 28 know dan jarak operasi sejauh 6,000 batu nautika. Ia boleh membawa sebuah helikopter anti-peperangan kapal selam NH-90.
Kapal friget kelas-Aquitaine dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan daripada meriam utama 76mm, peluru berpandu pertahanan udara ASTER 15 dan juga ASTER 30, peluru berpandu kruis dipanggil Missile de Croisière Naval (MdCN) atau dipanggil sebelum ini SCALP.
Selain itu, kapal perang itu juga dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal EXOCET MM40. — DSA
BretagnefeaturedLaut China SelatanTUDM
Comments (0)
Add Comment