Pesawat Pejuang MiG-29 TUDM Jadi Monumen di Dataran Pahlawan, Putrajaya

Menurut kenyataan media sosial oleh TUDM, ia adalah pesawat MiG-29 milik TUDM yang kedua dijadikan monumen selepas pesawat MiG-29 (M43-06) TUDM  di Kem Al-Sultan Abdullah, Markas Angkatan Bersama di Kuantan.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah pesawat pejuang MiG-29 yang telah ditamatkan perkhidmatan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dijadikan monumen di Kompleks Dataran Pahlawan, Putrajaya.
Menurut kenyataan media sosial oleh TUDM, ia adalah pesawat MiG-29 milik TUDM yang kedua dijadikan monumen selepas pesawat MiG-29 (M43-06) TUDM  di Kem Al-Sultan Abdullah, Markas Angkatan Bersama di Kuantan.
“Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM telah menyaksikan serah terima dokumen satu unit pesawat MiG-29N (M43-14) yang telah mendapat kelulusan pelupusan dan pesawat tersebut akan dijadikan monumen binaan kekal di Kompleks Dataran Pahlawan, Putrajaya.”
“Ini menjadikan ia pesawat kedua yang dijadikan tugu selepas MiG-29N (M43-06) yang kini berada di dalam Kem Al-Sultan Abdullah Markas Angkatan Bersama di Kuantan,” menurut kenyataan media sosial TUDM itu,
Majlis yang berlangsung di Shelter No 17 Skn, PU Kuantan telah menyaksikan tandatangan serah terima dokumen diantara Lt Kol Mohd Syahrul bin Eshahan TUDM, Ketua Cawangan Material dan Lt Kol Muhammad Zuraiman bin Abdul Ghani, Ketua Tim Nukleus.
(kredit TUDM)
(kredit TUDM)
Menurut kenyataan media sosial TUDM itu, ia telah menerima pesawat MiG-29UB Fulcrum dan MiG-29N Fulcrum pada tahun 1995.
Pesawat itu merupakan versi khusus untuk Malaysia, yang dikenali dengan nama “MIG-29N”.
“MiG-29N merupakan sebahagian daripada usaha TUDM untuk memperkasa keupayaan pertahanan udara negara pada masa itu.”
“Sepanjang perkhidmatanya, MiG-29N berjaya menjalankan tugasannya dengan baik sebagai pesawat pejuang yang mampu melaksanakan pelbagai misi. — DSA

featuredMiG-29PutrajayaTUDM
Comments (0)
Add Comment