Pesawat Pejuang J-10C, Peluru Berpandu BVR PL-15 Mesir Cabar Kekuasaan Udara Israel di Timur Tengah

Media-media pertahanan Israel menyatakan bahawa pemilikan pesawat pejuang J-10C dan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh PL-15 berkemampuan meningkatkan kemampuan udara Tentera Udara Mesir dan mengubah keseimbangan kuasa udara di Timur Tengah yang sehingga kini dikuasai oleh Israel.
Pesawat Pejuang J-10C, Peluru Berpandu BVR PL-15 Mesir Cabar Kekuasaan Udara Israel di Timur Tengah
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Terdapat peningkatan kebimbangan di kalangan komuniti pertahanan dan keselamatan Israel berkenaan perolehan pesawat pejuang J-10C bersama-sama peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh (Beyond Visual Range) PL-15 buatan China oleh Tentera Udara Mesir baru-baru ini.
Media-media pertahanan Israel menyatakan bahawa pemilikan pesawat pejuang J-10C dan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh PL-15 berkemampuan meningkatkan kemampuan udara Tentera Udara Mesir dan mengubah keseimbangan kuasa udara di Timur Tengah yang sehingga kini dikuasai oleh Israel.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh PL-15 yang memiliki kelajuan Mach 4 dan dilengkapi dengan radar AESA itu dipercayai mempunyai jarak operasi melebihi 300 km, menjadikannya antara peluru berpandu udara-ke-udara dengan jarak tembakan paling jauh di dunia.
Menurut laman web pertahanan Israel, Nziv, minat Mesir terhadap pesawat pejuang generasi 4.5 J-10C “Vigorous Dragon” merupakan sebahagian daripada strategi negara Arab itu memodenkan kuasa udaranya dan mempelbagaikan sumber bekalan ketenteraannya daripada terus bergantung dengan Amerika Syarikat.
Kebimbangan komuniti pertahanan dan keselamatan Israel bukan hanya tertumpu kepada kemungkinan Mesir memperoleh pesawat J-10C, tetapi lebih kepada integrasi peluru berpandu PL-15 ke dalam Tentera Udara Mesir.
Peluru berpandu ini, yang dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA), direka untuk pertempuran luar jarak penglihatan (BVR).
J-10CE
J-10CE (credit Hurin92)
Ia berpotensi membolehkan pesawat pejuang Mesir menyerang pesawat musuh dari jarak yang lebih jauh berbanding sebelum ini.
Untuk bertahun-tahun lamanya, Israel bergantung kepada kekuatan udara di rantau ini, terutamanya hasil akses negara itu kepada persenjataan canggih buatan Amerika, termasuk pesawat pejuang generasi kelima, F-35 dan sistem pertahanan udara yang sofistikated.
Namun, kemasukan peluru berpandu PL-15 buatan China itu ke dalam inventori Mesir berpotensi mencabar dominasi Israel dalam kuasa udara, terutamanya kerana peluru berpandu ini mengatasi keupayaan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM buatan Amerika, yang mempunyai jarak efektif yang lebih pendek.
Walaupun memiliki sejumlah 54 buah pesawat pejuang Rafale buatan Perancis, namun Tentera Udara Mesir tidak dibenarkan membeli peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR buatan consortium negara-negara Eropah.
Pesawat-pesawat pejuang F-16 milik Tentera Udara Mesir juga tidak dibenarkan memiliki peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh AIM-120 AMRAAM atau peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat seperti AIM-9X.
Peluru berpandu jarak jauh PL-15  (BVRAAM)
Mengapa Mesir tidak dibenarkan memiliki METEOR ???
Jawapannya adalah, Israel telah membantah sebarang usaha daripada Perancis untuk turut melengkapkan pesawat pejuang Rafale yang dijualnya kepada Kaherah itu dengan peluru berpandu udara-ke-udara METEOR.
Sehingga kini, pesawat-pesawat pejuang Rafale milik Tentera Udara Mesir tidak dilengkapkan dengan peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor BVR”, disebabkan bantahan daripada Israel yang mahu memelihara kelebihan kualiti ketenteraannya (Qualitative Military Edge) terhadap Kaherah.
Israel dikatakan “bimbang” akan nasib pesawat-pesawat pejuangnya terutama F-16 dan F-15 ditangan pesawat-pesawat pejuang Rafale milik Tentera Udara Mesir yang dilengkapkan dengan peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor BVR” sekiranya konflik bersenjata antara kedua-dua negara itu tercetus.
Sebab itulah Israel sedaya-upaya menekan Perancis supaya tidak menjual peluru berpandu METEOR kepada Mesir.
Dan kerana itulah, penjualan pesawat pejuang J-10C dan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh PL-15 buatan China kepada Mesir itu benar-benar membimbangkan Israel.
AIM-120 AMRAAM
Baru-baru ini, Defence Security Asia melaporkan bahawa Tentera Udara Mesir berkemungkinan besar telah pun menerima kumpulan pertama pesawat-pesawat pejuang J-10CE buatan China, yang dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh (Beyond Visual Range) PL-15.
Kemungkinan itu dinyatakan oleh seorang pemerhati aeroangkasa China, Hurin menerusi platform media sosial X miliknya yang menunjukkan dua buah pesawat pejuang J-10CE milik Mesir sedang beraksi.
Tentera Udara Mesir dilaporkan memperolehi sehingga 40 buah pesawat pejuang J-10CE buatan China itu.
Pesawat pejuang J-10CE merupakan varian eksport kepada pesawat pejuang J-10C “Vigorous Dragon” yang dibangunkan oleh dibangunkan oleh Chengdu Aircraft Corporation untuk Tentera Udara China.
Pesawat pejuang J-10C Tentera Udara Pakistan
Peluru berpandu PL-15 adalah sistem persenjataan udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) buatan China yang direka untuk memberi kelebihan strategik kepada pesawat pejuang Tentera Udara China (PLAAF).
Dibangunkan oleh China Academy of Launch Vehicle Technology (CALT), PL-15 kini dianggap sebagai salah satu peluru berpandu BVR paling berbahaya di dunia, setanding dengan AIM-120D AMRAAM buatan Amerika Syarikat dan METEOR buatan Eropah.
 — DEFENCE SECURITY ASIA

ChinaIsraelJ-10CMesirPL-15
Comments (0)
Add Comment