Pesawat Pejuang Eurofighter Typhoon Terus “Beraksi” Sehingga Tahun 2060

Spekulasi tentang jangka hayat pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu timbul berikutan kehadiran program pesawat pejuang generasi keenam, Tempest yang akan menggantikan pesawat pejuang Typhoon milik Itali dan United Kingdom menjelang tahun 2040.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat pejuang Eurofighter Typhoon akan terus “beraksi” untuk suatu tempoh yang amat panjang sehingga 2060, sebagaimana yang dijanjikan oleh pengeluar-pengeluarnya iaitu Airbus dan BAE Systems.

Spekulasi tentang jangka hayat pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu timbul berikutan kehadiran program pesawat pejuang generasi keenam, Tempest yang akan menggantikan pesawat pejuang Typhoon milik Itali dan United Kingdom menjelang tahun 2040.

Untuk negara-negara yang membangunkan pesawat pejuang Typhoon itu (United Kingdom, Itali, Jerman dan Sepanyol), kenyataan oleh Airbus dan BAE System kepada media-media di India baru-baru ini adalah sesuatu “berita baik.”

Ini bermakna untuk kira-kira tiga dekad akan datang, soal penyelenggaraan dan menaiktaraf pesawat Typhoon itu tidak akan menjadi persoalan kerana ia akan terus berjalan dengan baik tanpa sebarang permasalahan.

India juga menerima khabar itu dengan gembira kerana pesawat pejuang Typhoon adalah salah sebuah pesawat yang sedang membida untuk memenuhi program Medium Multi Role Fighter Aircraft ((MRFA).

Menurut penganalisi pertahanan di India, pesawat pejuang Typhoon merupakan pesaing yang sengit terhadap pesawat pejuang Rafale daripada Perancis untuk merebut kontrak  berbillion dollar Amerika kerajaan India itu.

Bagi memenuhi keperluan India bagi memperolehi 114 unit MRFA itu, Airbus telah menawarkan varian pesawat pejuang Typhoon yang terkini iaitu Tranche 5, yang dilengkapi dengan pelbagai niaktaraf dan pemodenan.

Pesawat pejuang Typhoon Tranche 5 itu dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan moden seperti radar AESA (Active Electronically Scanned Array) E-Scan yang merupakan radar canggih dengan situational awareness dan kemampuan mengesan dan menjejaki sasaran yang komprehensif, bersesuaian dengan statusnya sebagai pesawat pejuang moden.

Selain itu ia juga dilengkapi dengan sistem pertahanan yang moden, Human Machine Interface (HMI) yang moden bertujuan untuk memaksima keberkesanan operasi juruterbang.

Baru-baru ini, laporan oleh PriceWaterHouseCoopers menyatakan bahawa “senario pertumbuhan” dimana potensi penjualan sebanyak 287 buah pesawat pejuang Typhoon termasuk pesawat-pesawat yang telah telah dikontrakkan tetapi belum lagi diserahkan.  

Dikeluarkan oleh negara-negara pengeluar pesawat Eurofighter Typhoon pada 9 April lalu, laporan itu mensasarkan pesawat-pesawat pejuang itu kepada negara-negara konsortium dan rakannya.

Ia menonjolkan senario asas melibatkan 680 pesawat pejuang Ttyphoon oleh sembilan buah negara termasuk 83 buah pesawat yang baru sahaja dibeli oleh Jerman dan Sepanyol, yang akan mengekalkan produksi pesawat pejuang itu untuk beberapa tahun akan datang.

Namun, laporan itu tetap menyatakan bahawa eksport tambahan pesawat-pesawat pejuang Typhoon adalah kritikal bagi mengekalkan produksi pesawat itu.

Laporan oleh PWC itu menyatakan bahawa lebih daripada 200 buah penjualan pesawat Typhoon diperlukan untuk mengekalkan kemudahan-kemudahan pemasangan akhir pesawat sedia ada di Manching (Jerman), Caselle (Itali), Getafe (Sepanyol) dan Warton (United Kingdom). — DSA

featuredPesawatProduksiTyphoon
Comments (0)
Add Comment