Pesawat FLIT/LCA Buatan Turkiye “Hurjet” Menjadi Pilihan Tentera Udara Sepanyol

Perolehan pesawat latihan lanjutan/pesawat pejuang ringan “Hurjet” itu oleh Sepanyol itu akan dilakukan secara timbal-balas (barter) dimana negara Eropah tersebut memperolehi 24 buah pesawat “Hurjet” manakala Turkiye pula akan memperolehi tujuh buah pesawat pengangkut Airbus A400M.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Sepanyol dilaporkan akan memperolehi pesawat latihan lanjutan/pesawat pejuang ringan (FLIT/LCA)  “Hurjet” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) bagi menggantikan pesawat latihan lanjutan SF-5M yang dioperasikannya pada masa ini.

Jika laporan ini benar,maka Sepanyol akan menjadi negara pertama di Eropah memperolehi pesawat FLIT/LCA (Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft) buatan Turkiye.

Perolehan pesawat latihan lanjutan/pesawat pejuang ringan “Hurjet” itu oleh Sepanyol itu akan dilakukan secara timbal-balas (barter) dimana negara Eropah tersebut memperolehi 24 buah pesawat “Hurjet” manakala Turkiye pula akan memperolehi tujuh buah pesawat pengangkut Airbus A400M.

Menurut laporan media Turkiye, Tentera Udara Sepanyol dijangka akan mula menerima pesawat latihan lanjutan/pejuang ringan “Hurjet” buatan Turkiye itu pada tahun  2028.

Turkiye sememangnya mahu menambah pesawat pengangkut A400M itu dalam armada tentera udaranya.

“Hurjet”

 

Selain daripada Sepanyol, Turkiye juga sedang giat berunding dengan beberapa negara lain yang juga berminat untuk memperolehi “Hurjet” termasuk Azerbaijan dan Kanada.

Sejak tahun lepas, Tentera Udara Sepanyol telah pun menyatakan hasratnya untuk menggantikan pesawat latihan lanjutan SF-5M yang merupakan pesawat latihan lanjutan buatan tempatan.

Beberapa buah syarikat telah menunjukkan minat untuk menggantikan pesawat SF-5M yang dioperasikan oleh Tentera Udara Sepanyol itu termasuk Boeing T-7, T-50 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) dan M-346 oleh Leonardo.

Sekiranya laporan tentang pemilihan pesawat latihan lanjutan/pejuang ringan “Hurjet” oleh Tentera Udara Sepanyol itu benar, maka ia akan ditempatkan di Skuadron ke-23 Tentera Udara Sepanyol di Pangkalan Udara Talavera La Real.

Pesawat latihan lanjutan “Hurjet” itu akan mengambil-alih tugas yagng sebelum inii dilakukan oleh pesawat latihan lanjutan SF-5M untuk melatih juruterbang-juruterbang pesawat pejuang Eurofighter Typhoon dan F/A-18E/F Super Hornet.

“Hurjet”

 

Pesawat latihan lanjutan/pejuang ringan “Hurjet” merupakan pesawat berkemampuan terbang dalam kelajuan supersonik dan mula dibangunkan pada 2018.

Tujuan utama Turkiye membangunkan “Hurjet” adalah untuk meggantikan pesawat latihan T-38M dan NF-5A/B 2000 yang sedang berkhidmat dengan Tentera Udara Turkiye pada tahun 2030.

Selain itu, sebagai pesawat pejuang ringan “Hurjet” akan meringankan tugasan yang dipikul oleh pesawat pejuang F-16 Turkiye.

Selain itu, Turkiye juga sedang membangunkan varian tentera laut bagi pesawat “Hurjet” itu yang disasarkan akan berkhidmat daripada kapal perang TCG Anadolu yang juga merupakan kapal pengangkut dron pertama dunia.

Daripada kapal TCG Anadolu itu, Hurjet akan beroperasi bersama-sama dron Bayraktar TB3 dan pesawat pejuang tanpa pemandu “Kizilelma”.

“Hurjet”

 

Sebelum ini, syarikat TAI atau “TUSAS” turut telah menawarkan pesawat “Hurjet” itu kepada Malaysia untuk memenuhi keperluan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi memperolehi pesawat-pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA).

TAI turut menawarkan sebahagian daripada pesawat “Hurjet” itu dipasang di Malaysia sekiranya negara bersetuju untuk memperolehinya.

TAI menawarkan sebanyak 18 buah pesawat “Hurjet” kepada Malaysia, tetapi tawaran Turkiye itu telah ditolak dengan negara memilih 18 buah pesawat FA-50 buatan Korea Aerospace Industries (KAI). — DSA

featuredHurjetSepanyolTurkiye
Comments (1)
Add Comment