Pembinaan Kapal Littoral Combat Ship 1 TLDM “Maharaja Lela” Telah Capai 96.52 Peratus

Sebagaimana dinyatakan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini (16 Januari), kerja-kerja pembinaan kapal LCS 1 “Maharaja Lela” telah pun mencapai 96.52 peratus setakat ini.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas bertahun-tahun dirudung dengan pelbagai masalah sehingga menyebabkan pembinaanya tertangguh dan hampir-hampir dibatalkan, akhirnya kerja-kerja pembinaan kapal Littoral Combat Ship 1 (LCS 1) sudah hampir ke penghujungnya.
Pembinaan empat lagi buah kapal LCS juga berjalan dengan lancar. Kesemua lima buah kapal LCS untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu bernilai RM11 billion.
Sebagaimana dinyatakan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini (16 Januari), kerja-kerja pembinaan kapal LCS 1 “Maharaja Lela” telah pun mencapai 96.52 peratus setakat ini.
“Kapal LCS 1 sudah pun memulakan Ujian Penerimaan Pelabuhan (HAT) dan Ujian Penerimaan Laut (SAT).”
“Kapal Littoral Combat Ship kedua iaitu LCS2 juga sudah diturunkan ke air dan sedang menjalani ketetapan kerja, manakala LCS3 pula sedang dalam persiapan akhir untuk diturunkan ke air dirancang pada Januari 2026,” kata beliau.
Kapal LCS 1
Harbour Acceptance Test (HAT) adalah fasa penting dalam proses penerimaan dan pengujian kapal perang, dilakukan semasa kapal masih berada di pelabuhan atau limbungan.
Kapal LCS 1 itu dijangka memerlukan tempoh selama dua tahun untuk menyelesaian fasa-fasa HAT dan SAT sebelum kapal perang itu ditauliahkan kedalam TLDM.
HAT bertujuan untuk memastikan sistem dan peralatan kapal berfungsi dengan baik dan mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan sebelum kapal menjalani ujian laut (Sea Acceptance Test, SAT).
Menteri Pertahanan berkata, kemajuan pembinaan kapal LCS 2 telah pun mencapai 86.61 peratus manakala kapal LCS 3 (76.60 peratus), LCS 4 (65.05 peratus) manakala kapal terakhir, LCS 5 (48.72 peratus).
Beliau dilaporkan sebelum ini sebagai berkata, mengikut perancangan kapal LCS yang pertama akan diserahkan kepada pihak TLDM pada bulan Ogos 2026.
Kapal LCS 1
Kementerian Pertahanan katanya menaruh keyakinan bahawa kelima-lima kapal LCS bernilai lebih RM11 billion itu akan dapat diserahkan kepada TLDM mengikut tempoh masa yang telah dirancangkan iaitu secara berperingkat mulai Ogos 2026. 
Kapal-kapal LCS kelas-Maharaja Lela milik TLDM apabila siap dibina kelak, memiliki panjang 111 meter dan berkemampuan membawa kira-kira 118 orang krew kapal daripada pegawai sehinggalah kepada anak-anak kapalnya.
Dengan propulsion CODAD (Combined Diesel and Diesel), kapal LCS TLDM itu memiliki kelajuan 28 knots ++ dan jarak operasi sehingga 5,000 batu nautika (pada kelajuan 15 knots).
Kapal-kapal LCS TLDM ini mampu beroperasi lebih jauh dan lebih lama .
Disebabkan saiznya, kapal perang itu memiliki kemudahan hangar dan helipad untuk mengoperasikan helikopter bersaiz sederhana seberat di antara 10 hingga 12 tan seperti EC725 dan lain-lain jenis helikopter.
Kapal LCS 1 di LUNAS
Mengenai sistem persenjataannya,  kapal-kapal LCS kelas-Maharaja Lela akan dilengkapkan dengan sebuah meriam BAE Systems Bofor 57mm dengan kupola halimunan bertujuan mengurangkan Radar Cross Section (RCS) kapal.
Selain itu,ia juga dilengkapi dengan dua meriam MSI Defence DS30 MkII 30mm Remote Control Weapon System (RCWS) dan J+S pelancar torpedo.
Bagi sistem peluru berpandu anti-kapalnya pula, kapal-kapal LCS kelas-Maharaja Lela TLDM akan  dilengkapi dengan peluru berpandu NSM yang dibangunkan oleh firma Kongsberg daripada Norway.
Setiap sebuah kapal LCS TLDM itu akan dilengkapi dengan lapan butir peluru berpandu moden itu.
Bagi pertahanan udaranya pula, kapal perang itu dikatakan akan dilengkapi dengan sistem peluru berpandu VL (Vertical Launch) MICA yang dibangunkan oleh firma MBDA.
Kapal LCS 2
Mengenai Sistem Pengurusan Peperangan (Combat Management System –CMS) pula, kapal-kapal LCS TLDM itu menggunakan sistem SETIS yang dibangunkan sendiri oleh firma Naval Group.
Untuk fire control radar, kapal-kapal LCS akan menggunakan Rheinmetall TMX/EO MKII manakala bagi sistem ESM pula ia menggunakan THALES VIGILE 100 ESM dan sonar pula kapal dilengkapi dengan THALES CAPTAS Variable Depth Sonar.
Untuk sistem decoy pula, ia menggunakan Super Barricade Decoy System manakala komunikasi ia menggunakan Link 16 dan Link 11 serta THALES TUUM-Underwater Communication System. — DSA
KapalLCSMohamed KhaledTLDM
Comments (0)
Add Comment