(VIDEO) Jom Lihat “Iskander” Russia Bedil Bateri Pertahanan Udara “Patriot” Ukraine

(VIDEO) Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Russia, peluru berpandu taktikal “Iskander” miliknya itu berjaya membedil sistem pertahanan udara “Patriot” yang dioperasikan oleh tentera Ukraine di Pashena Balka di wilayah Dnepropetrovsk.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan Russia telah mengeluarkan rakan video bagaimana sistem peluru berpandu taktikalnya, “Iskander” telah berjaya membedil bateri sistem pertahanan udara “Patriot” milik Ukraine yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat.
Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Russia, peluru berpandu taktikal “Iskander” miliknya itu berjaya membedil sistem pertahanan udara “Patriot” yang dioperasikan oleh tentera Ukraine di Pashena Balka di wilayah Dnepropetrovsk.
“Bedilan peluru berpandu taktikal Iskander itu berjaya mengenai radar pelbagai fungsi AN/MPQ-65, pusat kawalan AN/MSQ-104, pelancar sistem peluru berpandu Patriot,” menurut kenyataan itu.
Pashena Balka itu terletak kira-kira 250km daripada tapak pelancaran peluru berpandu taktikal “Iskander” di dalam wilayah Russia.
Menurut penganalisis, memandangkan Ukraine memiliki bilangan sistem pertahanan udara “Patriot” dibekalkan oleh Amerika Syarikat yang terhad, maka sebarang kehilangan sistem itu akan hanya melemahkan lagi keseluruhan sistem pertahanan udara negara itu.
Mereka juga mendakwa bahawa tentera Ukraine agak semberono dalam mengoperasikan sistem pertahanan udara Patriot itu di kawasan yang diketahui adalah di dalam jarak jangkauan peluru berpandu taktikal “Iskander” Russia.
Dalam rakaman video yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Russia itu, ketepatan bedilan peluru berpandu “Iskander-M” itu sememangnya amat menakjubkan.
Video bedilan sistem peluru berpandu pertahanan udara “Patriot”  itu telah dirakam oleh dron taktikal Russia.
Walaupun begitu, penganalisis menyatakan jika Russia peluru berpandu “Iskander” itu dengan peledak peluru cluster, maka darjah kemusnahan sistem pertahanan udara Ukraine itu akan lebih teruk lagi.
Ancaman terhadap pasukan tentera Ukraine daripada sistem peluru berpandu “Iskander” semakin meningkat terutamanya selepas Russia meningkatkan pengeluaran peluru berpandu itu secara mendadak akhir-akhir ini.

Penganalisis pertahanan juga menyatakan bahawa Russia kini giat menaiktaraf peluru berpandu “Iskander-M” miliknya terutamanya membabitkan jaraknya.
Imej-imej media sosial baru-baru ini menunjukkan varian peluru berpandu tatktikal dipanggil “Iskander-1000” yang dikatakan berupaya membedil sasaran sejauh 1,000km.
Baru-baru ini, laporan juga menyatakan bahawa peluru berpandu taktikal Iskander-M yang dilancarkan daripada wilayah Kursk di Russia berjaya membedil daerah Zhmerynka yang terletak kira-kira 750km.
Penganalisis menyatakan bahawa jika Russia berjaya meningkatkan jarak bedilannya sehingga 1,000km, terdapat risiko darjah ketepatan bedilan peluru berpandu itu akan berkurangan berbanding varian peluru berpandu “Iskander” sebelum ini. — DSA
featuredIskanderPatriotRussia
Comments (0)
Add Comment