Pakistan Berunding Dengan China Untuk Miliki Pesawat FLIT/LCA, Hongdu L-15

 Pesawat L-15 dibangunkan oleh Hongdu Aviation Industri Corporation daripada China direkabentuk untuk memberikan latihan lanjutan kepada juruterbang pesawat pejuang generasi ke-4 dan ke-5, selain melaksanakan misi-misi kombat seperti air combat, air strike, air reconnaissance dan Forward Air Control Missions.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pakistan dilapor sedang berunding dengan China untuk memperolehi sejumlah pesawat pejuang ringan, Hongdu L-15 bagi menggantikan pesawat pejuang ringan J-7G buatan China yang sudah berusia digunakan oleh Tentera Udara Pakistan.

Berita tentang kemungkinan Pakistan memperolehi pesawat pejuang ringan Hongdu L-15 itu mungkin agak mengejutkan kerana negara itu sudah pun memiliki pesawat pejuang ringan JF-17 “Thunder” yang dibangunkannya secara bersama dengan China.

Pesawat-pesawat Hongdu L-15 juga boleh dijadikan pesawat Fighter Lead-In Trainer (FLIT) atau pesawat latihan lanjutan sebelum juruterbang menerbangkan pesawat pejuang sebenar.

Bagaimanapun terdapat juga spekulasi menyatakan bahawa pesawat-pesawat Hongdu L-15 itu adalah untuk menggantikan pesawat-pesawat pejuang F-16 milik Pakistan. yang juga sudah berusia dan perlu digantikan.

Pesawat L-15 dibangunkan Hongdu Aviation Industry Corporation.

China merupakan pembekal senjata terbesar kepada Pakistan, yang juga merupakan sekutu utamanya di Asia Selatan.

Tahun lepas, China National Aero-Technology Import & Export Corporation (CATIC) mengumumkan ia telah menandatangani kontrak dengan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi penjualan 12 buah pesawat L-15 “Hongdu” kepada negara Teluk yang kaya-raya itu.

Kontrak itu menyediakan opsyen kepada UAE untuk memiliki 36 buah lagi pesawat L-15.

Penganalisis pertahanan serantau melihatkan impak perolehan pesawat pejuang ringan dan latihan L-15 itu amat besar kerana ia merupakan kali pertama dimana UAE yang merupakan sekutu rapat Amerika Syarikat di rantau Teluk membeli peralatan ketenteraan daripada China.

 Pesawat L-15 ini direkabentuk untuk memberikan latihan lanjutan kepada juruterbang-juruterbang pesawat pejuang generasi ke-4 dan ke-5, selain melaksanakan misi-misi kombat seperti air combat, air strike, air reconnaissance dan Forward Air Control missions.

“Banyak yang telah berubah sejak pesawat L-15 ini diperkenalkan kepada khalayak umum pada 2009, Kini dengan rekabentuknya yang aerodinamik serta kemampuan avionik, pesawat ini memberikan keupayaan pesawat pejuang sebenar,” menurut pegawai daripada China National Aero-Technology Import and Export Technology (CATIC).

 Antara peningkatan terbaru yang dilakukan terhadap pesawat L-15 itu adalah sistem perancangan latihan dan misi yang termaju, selain dilengkapkan dengan meriam 23mm, small diameter bomb, peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat dan sederhana serta bom panduan laser seberat 250kg dan 500kg.

Harga bagi sebuah pesawat L-15 dianggar di antara US$10 juta hingga US$15 juta sebuah (RM40 juta hingga RM60 juta).

Protaip pesawat supersonic L-15B “Falcon” yang dibangunkan oleh syarikat Hongdu berpengkalan di Nanchang itu mula terbang pada pada 2006, dijana oleh dua enjin yang diperbuat oleh syarikat Ukraine “Ivchenko-Progress”, AL-222 turbofans.

Pesawat L-15B itu direkabentuk dengan kelengkapan seperti pesawat generasi ke-4 termasuk glass cockpit dengan multi-fuction display, HOTAS dan lain-lain untuk menyediakan juruterbang-juruterbang Tentera Udara China menerbangkan pesawat-pesawat pejuangnya yang lebih canggih seperti Su-30, Su-35, J-10, J-16 dan J-20.

Peluru berpandu BVRAAM “PL-15” dan WVRAAM “PL-10” 

 

Dengan dua enjin turbofans buatan Ukraine itu, pesawat L-15B China ini mampu mencapai kelajuan sehingga 1.4 Mach, manakala radius operasi pesawat pula adalah sekitar 3,100km (bergantung kepada bebanan yang dibawanya. Jika semakin berat bebanan dibawanya, maka semakin pendeklah jarak operasi pesawat).

Pesawat L-15B yang pada masa ini melengkapi tujuh skuadron FLIT/LCA Tentera Udara China dan turut dilengkapkan dengan radar jenis “Passive Electronically Scanned Array (PESA)” yang membolehkan ia mengesan sama ada sasaran di udara atau darat sejauh kira-kira 111km.

Pesawat FLIT/LCA buatan China ini juga dikatakan berkemampuan untuk membawa peluru-peluru berpandu udara-ke-udara daripada jenis PL-10 (short range) dan PL-12 Beyond Visual Range (BVR) yang berkemampuan membedil sasaran udara sejauh 62 batu. — DSA

To contact email: lulwabyadah@gmail.com 

ChinafeaturedL-15Pakistan