Kapal Selam Jepun Guna Bateri Lithium-Ion, Saingi China di LCS

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Jepun telah melancarkan kapal selam diesel-elektriknya yang terbaru, yang bakal menghangatkan lagi persaingan dasar laut Laut China Selatan di antara negara Matahari Terbit itu dengan China. Pelancaran kapal selam diesel-elektrik Jepun itu juga akan meningkatkan bilangan keseluruhan kapal selamnya kepada 22 buah pada tahun 2020. Kapal selam terbaru Jepun itu dinamakan […]

“Minyak dan Senjata,” Bagaimana Israel Membantu Azerbaijan…

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun tidak terlibat secara langsung di dalam konflik di antara Armenia dan Azerbaijan mengenai wilayah Nagorno-Karabakh, tetapi Israel turut menerima tempiasnya. Ini disebabkan kerana negara Yahudi itu merupakan di antara pembekal senjata terbesar kepada angkatan tentera Azerbaijan. Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) dan “Loitering Munitions” atau popular dipanggil “Dron Kamikaze”buatan Israel […]

Netizen China Berang, M’sia “Berani” Tahan 60 Nelayan Mereka

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya tindakan Malaysia menahan 60 “nelayan” China dan enam bot mereka di perairan Tanjung Sedili, Johor minggu lepas telah membangkitkan rasa marah sesetengah rakyat negara Komunis itu. Page Facebook Cina Malaysia Tolak Komunis China (CMTKC) telah mendedahkan bagaimana sesetengah warga laman maya negara Komunis telah menyuarakan rasa ketidakpuasanhati dan marah mereka […]

Siap-Sedia Untuk Berperang – Kata Xi Jinping Pada Tentera China

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini, Presiden China Xi Jinping sedang melakukan lawatan ke Guangdong bagi meraikan sambutan ke-40 tahun zon ekonomi khas Shenzhen. Ketika meninjau sebuah pengkalan tentera di Shantou, yang terletak di wilayah Guangdong, Xi yang juga merupakan pemerintah tertinggi tentera China telah mengarahkan pasukan Marin negara itu supaya bersiap-sedia untuk berperang. […]

China Bimbang Kewujudan “NATO Asia Pasifik”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam telah berlangsungnya pertemuan di antara Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan rakan sejawatnya daripada China, Wang Yi. Banyak perkara yang dibincang dalam pertemuan yang mendapat liputan menyeluruh daripada media tempatan, daripada persetujuan China untuk membeli 1.7 juta tan minyak kelapa sawit daripada Malaysia kepada negara diletakkan dalam senarai “priority […]

“Pelihara Hak Rakyat Kami”, Kata China Kepada Malaysia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – “Malaysia perlu memelihara hak-hak rakyat China yang ditahan kerana memasuki perairan negara itu.” Itu adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Kementerian Luar China Zhao Lijian (gambar atas) di Beijing semalam mengenai penahanan 60 rakyatnya serta enam buah bot “nelayan” di perairan Tanjung Sedili di Johor pada Jumaat lepas. Kesemua rakyat China […]

China Berang Kapal Perang Jepun Berlatih di Laut China Selatan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – China melahirkan rasa marah apabila musuh ketatnya, Jepun menghantar kapal-kapal perang miliknya ke Laut China Selatan untuk melaksanakan latihan anti-kapal selam. Menurut Kementerian Pertahanan Jepun, negara itu telah menghantar sebuah kapal pengangkut helikopter (JS Kaga), kapal selam (JS Shoryu) dan kapal pemusnah (JS Izakuchi) untuk mengadakan latihan itu. Latihan anti-kapal selam […]

Adakah Mereka Nelayan Atau “Militia Maritim”?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Penahanan enam bot nelayan China bersama-sama 60 orang nelayan dan enam nakhoda negara Komunis itu di Tanjung Sedili  Jumaat lepas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)  telah menimbulkan beberapa persoalan. Apa yang menarik adalah, penahanan bot-bot dan nelayan China itu berlaku beberapa hari sebelum Menteri Luar China Wang Yi mengunjungi Malaysia. […]

“Diplomasi Vaksin”, Menteri Luar China ke Malaysia Esok.

 (DEFENCE SECURITY ASIA) – “Diplomasi Vaksin COVID-19” secara rasminya akan bermula esok apabila Menteri Luar China Wang Yi melakukan lawatan dua hari ke Malaysia bermula esok dan Selasa. Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, Menteri Luar China itu akan bertemu dengan rakan sejawatnya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi berbincang tentang kerjasama pasca-wabak. Kedua-dua […]

(Video) Pyongyang Pamer Peluru Berpandu ICBM Terbaru

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Utara telah mendedahkan peluru berpandu balistik antara benua atau Inter Continental Ballistic Missile (ICBM) yang paling besar pernah dilihat dunia dalam perbarisan tentera sempena ulangtahun ke-75 Parti Pekerja negara itu semalam. Peluru berpandu ICBM itu dibawa oleh kenderaan pelancar 11×2 tayar (bersamaan 22 tayar keseluruhannya) pada perarakan yang diadakan di […]