Kapal Kargo Milik Billionair Israel Terkena Letupan Di Teluk Oman

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal kargo milik Israel “Helios Ray” membawa kenderaan  mengalami kerosakan di beberapa bahagiannya akibat terkena bahan letupan ketika sedang belayar di Teluk Oman. Disebabkan letupan itu, kapal “Helios Ray” yang dimiliki oleh billionair perkapalan Israel, Rami Ungar, 73, gagal meneruskan pelayaran mereka dan terpaksa berpatah balik ke Pelabuhan Dubai untuk […]

Tentera Darat Terima Helikopter Tempur Ringan MD-530G Pada Ogos Ini

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Penantian selama beberapa tahun untuk melihat helikopter tempur ringan (armed scout attack helicopter) jenis MD-530G berada di negara ini bakal berakhir apabila Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima aset terbarunya itu Ogos ini. Perkara itu didedahkan oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain yang berkata Tentera Darat Malaysia […]

[VIDEO] Pesawat Amerika Lakukan Serangan Udara Terhadap Kedudukan Militan Pro-Iran

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara Amerika Syarika termasuk F-15 Eagle telah melakukan serangan udara terhadap kedudukan kumpulan-kumpulan militan yang disokong oleh Iran di timur Syria. Serangan udara yang dilancarkan atas arahan Presiden Amerika Syarikat Jo Biden adalah sebagai respons terhadap serangan-serangan yang dilakukan oleh kumpulan terbabit terhadap anggota tentera Amerika di Iraq. […]

Dron Iran “Kaman 22” Diciplak Daripada Dron “MQ-9” Amerika Syarikat? Lihat Perbandingan….

DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, tentera udara Iran telah memperkenalkan pesawat tanpa pemandunya (UAV) ciptaan jurutera-jurutera tempatan yang terbaru, dinamakan “Kaman 22”. Dron terbaru Iran itu telah didedahkan kepada khalayak ramai buat pertama kalinya oleh Panglima Tentera Udara Iran Brig Jen Aziz Nasirzadeh. Namun apabila diperkenalkan, apa yang nyata adalah rekabentuk dron terbaru Iran […]

10 Buah Pesawat Pengebom H-6 China Lakukan “Simulasi Serangan” Di Laut China Selatan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – China dilapor mengadakan latihan tentera di Laut China Selatan baru-baru ini,  melibatkan simulasi serangan oleh sekurang-kurangnya 10 buah pesawat pengebom Xian H-6J dan H-6H terhadap beberapa “sasaran maritim” di Laut China Selatan. Menurut akhbar nasionalis China “Global Times” yang mempunyai hubungan rapat dengan tentera China berkata, latihan itu menunjukkan negara Komunis […]

BOOM!!!!! Tentera Darat Tonjol Kemampuan Sistem Meriam LG1 MKIII 105mm

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kali, Tentera Darat menerusi 10 Briged (Para) telah memperlihatkan kemampuan meriam LG MK 111 105mm yang diperolehinya dalam eksesais yang berlangsung baru-baru ini. Panglima 10 Briged (Para), Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal dan Pengarah Artileri, Brig Jen Dato’ Dr Hj Ibrahim Yasir telah melakukan lawatan ke Eksesais Shelldrake […]

[VIDEO] Russia Uji Dron Terbarunya “S-70 Okhotnik” Di Syria

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Laporan media Russia baru-baru ini mengatakan negara itu telah menempatkan pesawat tanpa pemandu (UAV) terbarunya “S-70 Okhotnik” atau “Hunter” di Syria, berkemungkinan untuk tujuan ujian oleh pihak tentera negara itu. UAV “Okhotnik” itu dikatakan ditempatkan di pangkalan tentera Russia di Tiyas, yang terletak di Palmyra. Pangkalan di Tiyas itu pernah digunakan […]

Kehadiran “Charles de Gaulle” Di Laut Mediterranean Bakal Tingkat Ketegangan Turki-Greek/Perancis

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam tindakan yang bakal meningkatkan lagi ketegangan di antara Turki dan Perancis, kerajaan pimpinan Emmanuel Macron telah mengerahkan kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Perancis, “Charles de Gaulle” belayar ke perairan timur Laut Mediterranean. Kapal Charles de Gaulle memulakan pelayarannya ke perairan timur Laut Mediterranean yang dipanggil “Clemenceau 21 pada Ahad lalu […]

[VIDEO] Syarikat UAE, HALCON Bangunkan Peluru Berpandu Anti-Kapal “HAS-250”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah syarikat pertahanan berpengkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), HALCON, telah menampilkan peluru berpandu anti-kapal keluarannya yang dinamakan sebagai “HAS-250.” Peluru berpandu anti-kapal yang direkabentuk dan dibangunkan di UAE, berkemampuan membedil sasaran sejauh 250km pada kelajuan 0.8 Mach. Dalam fasa penerbangannya, peluru berpandu itu yang menggunakan enjin HS-350 Turbojet hanya akan […]

Kapal Penyelidik Turki Jadi Mangsa “Provokasi” 4 Pesawat F-16 Tentera Greek

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Empat buah pesawat pejuang F-16 Tentera Udara Greek melakukan tindakan provokasi terhadap sebuah kapal penyelidikan Turki yang sedang menjalankan kerja-kerja hidrografi dan survey di laut utara Aegean. Kapal penyelidikan Turki itu dikenali dengan nama “TCG Cesme”. Menurut sumber di dalam Kementerian Pertahanan Turki yang dipetik oleh portal berita Daily Sabah berkata, […]