Filipina Semakin Hampir Untuk Miliki Peluru Berpandu “BrahMos”

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Filipina dan India menandatangani perjanjian yang menjadikan impian Manila untuk memiliki peluru berpandu “BrahMos” bagi memperkuatkan pertahanan pesisir pantai semakin menjadi realiti.

Peluru berpandu “Brahmos” yang mampu membedil sasaran sehingga 250km hingga 300km adalah hasil usahasama di antara India dan Russia.

China Gusar Kehadiran Kapal Selam Kuasa Nuklear “USS Ohio” Di Laut China Selatan?

Sejak beberapa bulan lepas, Amerika Syarikat telah menghantar dua buah kapal pengangkut pesawat dan beberapa buah kapal pemusnah (destroyer) ke Laut China Selatan sebagai amaran kepada China.

Kapal-kapal perang Amerika Syarikat ini belayar hampir dengan Kepulauan Spratly dan Paracel yang didakwa Beijing sebagai miliknya dalam operasi pelayaran yang dipanggil “Freedom of Navigation Operation” (FONOP).

Tiga Nelayan Vietnam Cedera Terkena Serpihan Tembakan Selepas Cuba Serang Anggota APMM

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tiga nelayan Vietnam cedera terkena serpihan tembakan selepas cuba menyerang anggota penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) kira-kira 80 batu nautika tenggara Tanjung Gelang, Pahang, pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim, Datuk Amran Daud berkata, kejadian berlaku 5.25 pagi apabila anggota Maritim menghampiri bot mereka untuk menjalankan siasatan.

Tentera Amerika Mohon RM108 Billion Dana Tambahan Untuk Tangani China

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pegawai tertinggi tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik telah memohon kepada kongress negara itu peruntukan sebanyak US$27 billion (RM) dalam dana tambahan untuk memastikan negara itu sentiasa berada di hadapan China dalam sistem persenjataan.

Cadangan itu dikemukakan oleh Laksamana Philip Davidson kepada kongres Amerika Syarikat untuk mendapatkan dana tambahan sebanyak US$27. 3 billion yang akan digunakan untuk pembinaan infrastruktur ketenteraan dan menggembleng sekutunya.

Russia Bina Pangkalan Laut Di Sudan, Mahu Awasi Timur Tengah

Russia kini memiliki pangkalan tentera laut di Laut Merah apabila ia dengan Sudan pada Disember tahun lepas menandatangani perjanjian selama 25 tahun untuk mewujudkan pusat lojistik bagi kapal-kapal perangnya serta lokasi untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaran.

Apabila pangkalan tentera laut yang bakal dibina dengan kos US$300 juta itu siap, Russia akan menempatkan pelbagai jenis kapal termasuk yang berkuasa nuklear di Sudan, berhampiran dengan Laut Merah (Red Sea) yang amat strategik.

Malaysia Perhati Dengan Teliti Pembangunan UAV Turki – Duta Negara Itu

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Duta Turki ke Malaysia Dr Merve Kavakci dalam satu temuramah dengan portal pertahanan Turki – www.defensehere.com – mengatakan Malaysia sedang memerhati dengan teliti pembangunan pesawat tanpa pemandu (UAV) Turki, sama ada tanpa senjata atau yang bersenjata. Adakah kenyataan duta Turki ke Malaysia ini membawa apa-apa makna, memandangkan kita sememangnya sedang dalam […]

[VIDEO] Amerika Dedah Rakaman Detik-Detik Pangkalannya Dibedil Peluru Berpandu Iran

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak tentera Amerika Syarikat telah mengeluarkan rakaman-tidak-pernah-dilihat menunjukkan detik-detik serangan peluru berpandu oleh Iran terhadap Pangkalan Al-Asad di Iraq. Rakaman serangan itu telah dibuat oleh dron yang sedang berada di ruang udara berhampiran apabila enam peluru berpandu jarak dekat Qaim-1 menghentam pangkalan yang menempatkan kira-kira 2,000 anggota tentera Amerika Syarikat itu. […]

Prototaip Pesawat “KFX” Yang Pertama Akan Siap Bulan Depan

DEFENCE SECURITY ASIA) – Bulan depan, prototaip pesawat pejuang gen 4.5 yang pertama dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) iaitu “KF-X” akan didedahkan kepada seluruh dunia. Prototaip pesawat yang pertama itu sudah pun siap kira-kira 92 peratus. Secara keseluruhannya, KAI membangunkan lapan buah prototaip pesawat KF-X secara serentak dengan empat daripadanya sudah pun mencapai tahap […]

[VIDEO] Israel Lancar Serangan Udara Di Syria Balas Dendam Serangan Kapal Kargo “Helios Ray”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang tentera udara Israel telah melancarkan serangan udara terhadap beberapa kedudukan militant pro-Iran di Syria, dipercayai sebagai tindak balas serangan terhadap kapal kargo “Helios Ray” milik billionair Israel yang rapat dengan ketua Mossad, Yossi Cohen. Kapal kargo milik billionair Israel, Rami Ungar itu diserang ketika belayar di Teluk Oman menuju […]

[VIDEO] Bagaimana Amerika Tahu Pangkalannya Di Iraq Bakal Dihujani Peluru Berpandu Iran

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Januari tahun lepas, Amerika Syarikat telah melancarkan serangan dron di Lapangan Terbang Baghdad yang membunuh Komander Kor Pengawal Revolusi Islam, Jeneral Qassem Soleimani. Qassem Soleimani ini adalah orang paling penting dalam perancangan tentera Iran di Timur Tengah, kerana beliaulah yang merancang pembabitan tentera negara itu terutama anggota Pengawal Revolusi Iran […]