Selamat Tinggal Aermacchi MB-339CM, Apakah Ada Pengganti?

Walaupun hanya baru 12 tahun menabur bakti kepada negara ini, namun tujuh buah pesawat latihan lanjutan (advanced trainer) Aermacchi MB-339CM yang dibangunkan oleh Alenia Aermacchi SpA daripada Itali telah mencapai penghujung jangka hayat perkhidmatannya dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).