LIG Nex1 Tawar Sistem MERAD “KM-SAM” Pada TUDM

Persaingan untuk membekalkan sistem Medium Range Air Defence System (MERAD -Sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana) kepada TUDM turut disertai firma pertahanan Korea Selatan,  LIG Nex1 yang menawarkan sistem MERAD  dibangunkan mereka iaitu KM-SAM.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya persaingan untuk untuk membekalkan Sistem Medium Range Air Defence System (MERAD – Sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semakin sengit.

 Pada pameran DSA 2022  yang berlangsung baru-baru ini, syarikat Kongsberg Defence and Aerospace daripada Norway telah tampil ke depan untuk menawarkan sistem MERAD dibangunkan mereka iaitu “Norwegian Advanced Surface to Air Missile System) atau NASAM kepada TUDM.

Kini admin dimaklumkan pula persaingan untuk membekalkan sistem MERAD kepada TUDM juga disertai oleh firma pertahanan terkemuka Korea Selatan,  LIG Nex1 yang menawarkan sistem MERAD  dibangunkan mereka sendiri iaitu KM-SAM.

Sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana “KM-SAM” sedang beraksi.

 

Syarikat turut membawa model sistem pertahanan udara berkeupayaan tinggi itu pada pameran DSA 2022 yang baru sahaja berakhir.

Satu ciri yang menarik mengenai sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM  adalah ianya merupakan satu-satunya sistem MERAD yang mempunyai sentuhan DNA teknologi dari kedua-dua Blok Barat dan Rusia.

Sistem KM-SAM yang juga dikenali dengan nama Koreanya, Cheongung merupakan sistem pertahanan udara jarak sederhana Korea Selatan yang dibangunkan oleh Agency for Defense for Defense Development (ADD) dengan bantuan teknikal daripada firma Russia, Almaz-Antey yang terkenal dengan pembangunan sistem pertahanan udara S-300,S-400 dan terkini, S-500.

Tentera Korea Selatan menggunakan sistem KM-SAM (Cheongung Block-1) ini untuk menggantikan sistem pertahanan udara MIM-23 HAWK.

Transporter Erector Launcher (TEL) yang membawa peluru berpandu bagi sistem pertahanan udara jarak sederhana “KM-SAM”.

 

Komposisi standard sistem KM-SAM mengandungi sebuah Fire Control Centre (FCC), sebuah Multifunction Radar (MFR) dan beberapa Transporter Erector Launcher (TEL) yang boleh membawa sehingga lapan buah peluru berpandu bagi sistem terbabit.

Radar 3D Pelbagai Fungsi Passive Electronically Scanned Array (PESA) X-Band sistem KM-SAM itu berkemampuan mengesan sasaran sejauh 100km dan track sebanyak 40 sasaran secara serentak.

Sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM boleh membedil sasaran udara setinggi 15km (49,000 kaki) pada jarak sejauh 40 km.

Baru-baru ini, syarikat LIG Nex1 telah berjaya menempa kejayaan yang besar apabila Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menandatangani kontrak bernilai US$3.5 billion (RM14.7 bilion) untuk memperoleh sistem KM-SAM ini.

Radar 3D Pelbagai Fungsi Passive Electronically Scanned Array (PESA) X-Band sistem KM-SAM ini berkemampuan mengesan sasaran sejauh 100km dan track sebanyak 40 sasaran secara serentak.

 

Ia menunjukkan tahap keyakinan tinggi pada kemajuan teknologi yang digunapakai sistem Korea Selatan ini berbanding sistem MERAD yang lain sehingga UAE sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk memperolehi sistem itu.

Arab Saudi juga dikatakan dalam fasa rundingan akhir bagi memperoleh sistem KM-SAM yang sama.

Baru-baru ini, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan mengatakan TUDM bakal mengoperasikan tujuh aset baru seawalnya pada tahun 2024.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Diantara tujuh aset baru yang bakal dioperasikan oleh TUDM itu adalah sistem pertahanan udara jarak sederhana (Medium Range Air Defence System – MERAD).

Dalam perancangan pembangunan CAP 55 TUDM, ia telah menggariskan perolehan sehingga empat buah bateri sistem pertahanan udara jarak sederhana (MERAD) bermula dariada Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-25) hingga RMK-15 (2035-2040).

Perolehan sistem MERAD itu adalah untuk mengukuhkan sistem pertahanan udara negara yang pada ketika ini hanya bergantung kepada beberapa sistem pertahanan udara jarak dekat seperti Igla, FN6, Rapier, Jernas dan Starstreak. — DSA

 

featuredLIG Nex1MERADTUDM
Comments (0)
Add Comment