SPRM Hadapi Kekangan Dlm Siasatan Kapal Littoral Combat Ship (LCS) TLDM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengakui bahawa ia berhadapan dengan kekangan dalam siasatannya berkenaan dakwaan unsur rasuah melibatkan perolehan enam kapal tempur pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.