New Delhi-Moscow Setuju Sistem S-400 “Triumf” Diselenggara, Diperbaiki Dalam India

Dalam perkembangan yang menunjukkan hubungan pertahanan antara India dan Russia tetap utuh, Moscow berkemungkinan akan memberikan lampu hijau New Delhi supaya kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” buatan Russia itu dilakukan dalam India.

(DEFENCE SECURITY ASIA)  — Dalam perkembangan yang menunjukkan hubungan pertahanan antara India dan Russia tetap utuh, Moscow berkemungkinan akan memberikan lampu hijau New Delhi supaya kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” buatan Russia itu dilakukan dalam India.

Jika kerjasama antara India dan Russia itu dapat direalisasikan, sebuah syarikat tempatan India akan bekerjasama dengan Almaz-Antey, syarikat Russia yang membangunkan sistem pertahanan udara yang digeruni oleh pihak Barat.

Kerjasama di antara Russia dan India itu akan menyaksikan usahasama antara syarikat India dan Almaz-Antey itu menyelenggara dan memperbaiki sistem pertahanan udara S-400 di India.

Pada masa depan, usahasama kedua-dua negara itu berkemungkinan akan menghasilkan alat-alat ganti bagi sistem pertahanan udara itu di dalam India untuk kegunaan tentera India dan berkemungkinan untuk pasaran eksport jika terdapat pemintaan.

Ia adalah modus operandi sama yang digunakan oleh dalam kerjasama Russia-India dalam perolehan pesawat-pesawat pejuang Su-30MKI oleh New Delhi.

Bertitik-tolak daripada perolehan terus pesawat pejuang buatan Russia, India menerusi syarikat Hindustan Aeronautics Ltd (HAL) telah memasang ratusan pesawat pejuang itu dalam negara dan kini menghasilkan alat-alatganti untuk kegunaannya sendiri dan eksport.

Menurut laporan media tempatan India, rundingan di antara syarikat India yang tidak dinamakan itu dengan Almaz-Antey hampir selesai.

Kedua-dua syarikat Russia dan India bercadang mahu mewujudkan dua pusat penyelenggaraan dan mula menghasilkan alat-alat ganti untuk sistem pertahanan udara S-400 itu bermula daripada tahun 2028.

Kedua-dua pihak mula mengadakan rundingan untuk mewujudkan pusat penyelenggaraan dan menghasilkan alat ganti di India pada 2019 hasil perbincangan yang dimulakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ROSTEC Sergey Chemezov.

India telah mengoperasikan dengan aktif sistem pertahanan udara S-400 sejak dua tahun lepas.

Peluru berpandu terbaru 40N6 digunakan sistem pertahanan udara jarakjauh S-400 “Triumf”.

 

Walaupun berdepan dengan ancaman sekatan ekonomi dibawah undang-undang CAATSA (Countering America’s Adversaries Through Sanctions Act) Amerika Syarikat, pada 2018 India menandatangani perjanjian bernilai USD$5 billion (RM22.5 bilion) dengan Russia untuk memperolehi sistem pertahanan udara itu.

 India bagaimanapun berkeras untuk membeli sistem pertahanan udara S-400 daripada Russia itu kerana berpendapat ia adalah sistem pertahanan udara yang kos-effektif dan berkesan dalam menangani ancaman udara.

Moscow-New Delhi menandatangani perjanjian perolehan lima buah skuadron sistem pertahanan udara S-400 bersama-sama 6,000 peluru berpandunya, dengan penghantaran sistem itu dipersetujui akan dilakukan pada 2023-2024.

CAATSA merupakan undang-undang dirangka Amerika Syarikat sebagai respons terhadap pencerobohan Russia terhadap Crime pada 2014 dan dakwaan campurtangan Moscow terhadap pilihanraya Presiden Amerika pada 2016.

Dibawah undang-undang CAATSA itu, mana-mana negara yang memperolehi senjata daripada Russia akan berhadapan dengan sekatan ekonomi dan ketenteraan daripada Amerika Syarikat.

Pada Mac tahun ini, Russia mengumumkan bahawa ia menangguhkan penghantaran dua skuadron terakhir sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” kepada India berikutan permintaan yang meningkat terhadap sistem itu akibat konflik di Ukraine.

Pesawat Su-30MKI India.

 

Dua skuadron terakhir sistem pertahanan udara S-400 itu akan dihantar ke India pada 2026, berbanding 2024 sebelum ini.

Russia telah menghantar tiga skuadron sistem pertahanan udara S-400 yang awal pada tahun 2023 dan berjanji akan menghantar dua skuadron terakhir pada tahun ini.

Ketiga-tiga skuadron sistem pertahanan udara S-400 yang dihantar oleh Russia itu telah pun beroperasi sepenuhnya di sektor-sektor penting di sempadan India dengan Pakistan dan juga sempadan India dengan China.

Antaranya adalah di sektor Punjab yang bersempadan dengan Pakistan.

Konflik di Ukraine telah menyebabkan penghantaran sistem pertahanan udara S-400 itu terlewat kerana Moscow terpaksa mementingkan keperluan angkatan tenteranya sendiri yang memerlukan lebih banyak sistem S-400 untuk mempertahankan ruang udaranya daripada serangan Ukraine.

Sistem pertahanan udara itu berkeupayaan menangani sasaran sejauh 400km dan dilaporkan amat berkesan dalam menangani pesawat dan peluru berpandu kruis.

S-400 “Triumf”

 

Menurut ketua pegawai eksekutif Rosoboroexport Alexander Mikheyev, sistem pertahanan udara jarak jauh S-400 adalah lebih baik berbanding sistem-sistem pertahanan udara buatan negara-negara Barat.

Dibandingkan dengan sistem pertahanan udara buatan negara Barat, Mikheyev berkata, sistem pertahanan udara S-400 memiliki kemampuan yang luar biasa untuk menumpaskan peluru berpandu ballistik dan juga peluru-peluru berpandu aerodinamik dalam keadaan konflik yang sebenar.

Menurut beliau, sistem pertahanan udara S-400 boleh menembak jatuh peluru berpandu ballistik daripada 60km jauhnya manakala 400km bagi sasaran-sasaran udara aerodinamik yang lain seperti pesawat pejuang.

Antara aspek unik pada sistem pertahanan udara S-400 adalah peluru berpandu anti-pesawatnya seperti 48N6E3 yang berkemampuan untuk menangani ancaman-ancaman ballistik dan juga sasaran aerodinamik pada pelbagai altitude.

Sistem radar S-400 boleh mengesan dan menjejaki sasaran udara pada jarak 600km. — DSA

 

featuredIndiaRussiaS-400
Comments (1)
Add Comment