Misteri: Sistem Pertahanan Udara NASAM Bernilai US$406 Juta (RM1.89 Bilion) “Hilang”

Selepas setahun derma sistem pertahanan udara itu diumumkan oleh Kanada, tiada siapa mengetahui apa sudah terjadi dengan sistem pertahanan udara NASAM bernilai US$406 juta yang dijanjikan kepada Ukraine, sama ada ia telah benar-benar "hilang."

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada awal tahun lepas, kerajaan Kanada telah membelanjakan sebanyak US$406 juta (RM1.89 bilion) untuk memperolehi sistem pertahanan udara NASAM dan dibekalkan kepada Ukraine bagi membantunya menangani ancaman udara tentera Russia.

“Derma” sistem pertahanan udara National Advanced Surface-to-Air Missile System (NASAMS) itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau.

Presiden Ukraine Volodymr Zelenksy turut mengucapkan terima kasih kepada Kanada atas derma sistem pertahanan udara NASAM itu.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada waktu itu, derma sistem pertahanan udara NASAM itu akan membantu Ukraine memperkuatkan sistem pertahanan udaranya bagi berhadapan dengan serangan dari udara terhadap kedudukan tentera,infrastruktur awam dan pusat penduduk.

Laporan daripada Kanada menyatakan bahawa kerajaan Justin Trudeau telah membayar sejumlah US$406 juta kepada kerajaan Amerika Syarikat bagi mendapatkan sistem pertahanan udara NASAM itu.

Kerajaan Amerika Syarikat pula dilaporkan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat RTX (dahulu dikenali Raytheon) bagi membolehkan sistem pertahanan udara yang dibeli oleh Kanada itu mula dibina.

Peluru berpandu AMRAAM yang digunakan oleh Sistem Pertahanan Udara “NASAM”

 

Bagaimanapun sebuah lagi syarikat yang bertanggungjawab membina sistem itu, Kongsberg menyatakan bahawa mereka tidak tahu menahu tentang kontrak daripada Kanada untuk memperolehi sistem pertahanan udara NASAM itu, walaupun selepas setahun perolehan itu diumumkan.

Sistem pertahanan udara itu dibangun dan dibina oleh RTX dan Kongsberg.

Selepas setahun derma sistem pertahanan udara itu diumumkan oleh Kanada, tiada siapa mengetahui apa sudah terjadi dengan sistem pertahanan udara NASAM bernilai US$406 juta yang dijanjikan kepada Ukraine, sama ada ia telah benar-benar “hilang.”

Sistem pertahanan udara jarak sederhana “NASAM” itu dibangunkan oleh Kongsberg dengan syarikat pertahanan Amerika Syarikat, Raytheon membekalkan peluru berpandu AMRAAM untuk sistem itu.

NASAM dikatakan adalah sistem pertahana udara jarak rendah ke sederhana yang mengaplikasikan sistem network-centric pertama di dunia.

Secara keseluruhannya, sistem pertahanan udara jarak sederhana NASAM digunakan oleh 15 buah negara.

Apa yang menarik tentang sistem pertahanan udara jarak sederhana NASAM ini adalah ia menggunakan peluru berpandu AMRAAM (Advance Medium Range Air-To-Air-Missile) yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon.

Dalam satu unit standard NASAM, ia akan terdiri daripada FDC Fire Distribution Center, radar aktif 3D  AN/MPQ64F1 Sentinel, penderia pasif electro-optic and infra-red dan beberapa kanister peluru berpandu AMRAAM.

Engagement mode bagi sistem NASAM adalah sejauh 180km. -DSA

featuredHilangMisteriNASAM
Comments (0)
Add Comment