Kehadiran Kenderaan MRAP Di WTCKL Semalam. Kenapa?

Netizen musykil mengenai kehadiran kenderaan Mine Resistant Ambush Protected (MRAP) bersama-sama anggota lengkap bersenjata dengan Balaclava di tempat letak kereta Pusat Dagangan Dunia, KL semalam. Apa tujuan kehadiran kenderaan MRAP itu?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kehadiran sebuah kenderaan Mine Resistant Ambush Protected (MRAP) di kawasan tempatan letak kereta bawah tanah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) lewat malam semalam menimbulkan pelbagai pertanyaan dikalangan netizen.

Menerusi maklumat-maklumat daripada media sosial, kenderaan MRAP itu adalah milik pasukan Unit Tindak Khas (UTK), Polis Diraja Malaysia.

Persoalan netizen itu ditambah pula dengan kehadiran anggota UTK lengkap bersenjata dan memakai Balaclava di kawasan letak kereta terbabit,  sebagaimana gambar-gambar yang tersebar di dalam media sosial sejak daripada lewat malam semalam.

(sumber FB)

 

Sebagaimana yang kita ketahui semalam, majlis taklimat Presiden Umno telah berlangsung di WTCKL bermula 2 petang semalam dan disusuli pula oleh mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno bermula pada 8.30 malam semalam.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno itu berakhir pada 11.15 malam semalam turut dihadiri oleh Perdana Menteri yang juga merupakan Naib Presiden Umno.

Berkemungkinan besar kenderaan MRAP yang dilihat berada di tempat letak kereta di WTCKL semalam itu adalah sebahagian daripada security detail Perdana Menteri yang disediakan oleh PDRM.

Kehadiran kenderaan MRAP dan anggota UTK lengkap bersenjata dengan memakai Balaclava itu telah menimbulkan seribu pertanyaan yang perlu dijawab secara tuntas oleh pasukan keselamatan yang menyediakan kawalan keselamatan kepada pemimpin nombor satu Malaysia itu.

Persoalan pertama dan yang paling penting adalah – adakah Perdana Menteri berhadapan dengan ancaman keselamatan di WTCKL semasa menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno sehingga memaksa PDRM meningkatkan kawalan keselamatan dan mengerahkan kenderaan MRAP serta anggota UTK lengkap bersenjata?

(sumber FB)

 

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Ini kerana selama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menghadiri majlis-majlis rasmi termasuk berkaitan dengan Umno, kemungkinan besar adalah tidak pernah beliau diiringi oleh anggota keselamatan lengkap bersenjata dan kenderaan MRAP.

Itulah persoalan utama yang berlegar-legar di pemikiran ramai pada ketika ini, kerana sepanjang pengetahuan admin tidak pernah pemimpin politik negara diiringi ke majlis-majlis rasmi sambil ditemani anggota lengkap bersenjata dan kenderaan perisai.

Sudah semestinya ada sebab-musabab di sebalik kejadian yang berlaku semalam.

Kenderaan MRAP ini adalah kenderaan taktikal ringan direka khusus untuk melindungi penumpangnya yang terdiri daripada VVIP dan pemimpin-pemimpin politik daripada serangan IED (Improvised Explosive Device) dan serangan hendap.

Admin sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut tentang jenis kenderaan MRAP yang digunakan oleh PDRM di tempat letak kereta WTCKL — DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

featuredKawalanMRAPPDRMWTCKL