(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Pakistan bakal melancarkan kapal korvet kelas-Babur (PN MILGEM) “Tariq” yang keempat dan yang terakhir tidak lama lagi hasil kerjasama negara itu dengan Turkiye, dimeterai pada tahun 2018.
Korvet kelas-Babur Tentera Laut Pakistan (Babur F-280, Badr F281, Khaibar F-282 dan Tariq F-283) adalah berdasarkan kepada rekabentuk korvet kelas-Ada dibawah program MILGEM, yang merupakan projek pembinaan kapal-kapal tentera laut kebangsaan Turkiye.
Rekabentuk kapal korvet MILGEM kelas-Ada (sebagaimana kelas-Babur atau PN MILGEM tetapi lebih berat) digembar-gemburkan sebagai rekabentuk pilihan untuk kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 yang bakal dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Mungkin adalah MAS MILGEM selepas ini?
Malaysia dikatakan akan memperolehi tiga buah kapal LMS Batch 2 pada tahun ini dan lima buah lagi pada Rancangan Malaysia seterusnya, dengan Turkiye menjadi pilihan utama sebagai rakan kerjasama dalam pembinaan kapal-kapal itu.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan telah pun berkunjung ke Turkiye baru-baru ini.
Mungkin berdasarkan kepada rekabentuk korvet kelas-Babur milik Tentera Laut Pakistan ini, ia dapat memberikan sedikit-sebanyak gambaran tentang rekabentuk dan spesifikasi kapal-kapal LMS Batch 2 yang bakal dimiliki oleh TLDM itu.
Turkiye dan Pakistan menandatangani perjanjian pembinaan empat buah kapal korvet kelas-Babur (korvet kelas-MILGEM) pada 2018, dengan dua daripada kapal perang itu dibina di Istanbul Shipyard dan dua buah lagi di Karachi Shipyard & Engineering Works (KSEW)
Dua buah kapal perang itu dijangka ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Pakistan pada tahun ini, manakala dua lagi pada tahun depan selepas selepas segala ujian-ujian di pelabuhan dan lautan selepas diselesaikan.
Mengenai spesifikasi keempat-empat kapal korvet kelas Babur, ia dilengkapi dengan beberapa sistem radar, termasuk radar SMART-S Mk2 passive electronically scanned array (PESA) dan the Aselsan ALPER low-probability-of-intercept radar (LPI), bersama-sama dengan AKREP (AKR-D Block B-1/2) radar kawalan penembakan.
Kapal-kapal korvet kelas-Babur (kelas-MILGEM) seberat 2,900 tan itu juga dilengkapi dengan sistem sonar Meteksan YAKAMOS sebagai sistem sonar utamanya.
Untuk kelengkapam peperangan elektroniknya pula, kapal-kapal korvet terbabit dipasang dengan sistem radar ESM Aselsan ARES-2N, bersama-sama dengan modul Electronic Intelligence (ELINT) dan Signal Intelligence (SIGINT).
Keempat-empat kapal memiliki kelajuan makisima 27-31 knots dan jarak operasi 3,500 batu nautika dengan ketahanan berada di lautan selama 15 hari.
Bagi sistem persenjataannya pula,kapal-kapal korvet kelas-Babur itu akan memiliki kemampuan yang pelbagai.
Untuk sistem peluru berpandu anti-kapalnya, kapal perang itu berkemungkinan akan dilengkapi dengan enam butir peluru berpandu “Harbah” yang dibangunkan oleh syarikat Pakistan,GIDS (Global Industrial Defence Solutions).
Peluru berpandu subsonic anti-kapal itu yang boleh membedil kapal dan sasaran-sasaran darat memiliki jarak sehingga 280km.
Untuk sistem pertahana udaranya, kapal-kapal korvet itu akan dilengkapi dengan dengan 12 sel Vertical Launching System (VLS) untuk melancarkan peluru berpandu Albatros NG dibangunkan oleh firma pertahanan Eropah,MBDA.
Untuk peperangan anti-kapal selamnya pula, kapal akan dilengkapi tiub pelancar torpedo Mark 32 324mm serta helikopter untuk tugas anti-submarine warfare (ASW) AgustaWestland AW159 Wildcat.
Kapal-kapal korvet kelas-Babur akan dilengkapi dengan meriam OTO Melara 76mm, close-in weapon system (CIWS) Aselsan GOKDENIZ 35mm dan dua Aselsan STOP 25mm remote weapon stations (RWS) untuk menangani ancaman udara dan permukaan pada jarak dekat. — DSA