Mengapa Negara “Fikir Dua Kali” Sebelum Beli Dron China….

Tindakan negara-negara terbabit menghentikan penggunaan dron kombat keluaran China itu telah menjejaskan imej Beijing sebagai negara pengeluar senjata utama dunia, menimbulkan persoalan sama ada produk-produk pertahanan keluaran negara itu reliable.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Usaha China untuk muncul sebagai antara negara pengeksport senjata utama dunia seiring dengan Amerika Syarikat dan Russia berhadapan dengan masalah besar, apabila satu demi satu negara pengguna dron kombat CH-4 keluarannya mengambil keputusan untuk menghentikan penggunaan dron itu, walaupun baru sahaja membelinya.

Tindakan negara-negara terbabit menghentikan penggunaan dron kombat keluaran China itu telah menjejaskan imej Beijing sebagai negara pengeluar senjata utama dunia, menimbulkan persoalan sama ada produk-produk pertahanan keluaran negara itu reliable.

Menurut laporan-laporan media, laporan terbaru mengatakan Jordan telah bertindak menjual semula dron kombat (UCAV) CH-4B keluaran China walaupun negara Timur Tengah itu baru sahaja membelinya kira-kira dua tahun lepas.

Puncanya adalah kerana “Jordan tidak berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh dron terbabit” dan mahu menghentikan penggunaannya serta menjualnya, menurut tentera Jordan kepada portal berita pertahanan antarabangsa, Shepard Media.

Dron kombat CH-4B itu telah dibangunkan oleh China Academy of Aerospace Aerodynamics, sebuah entiti dibawah China Aerospace Science and Technology Corporation (CASC).

Dron China yang berjaya ditembak jatuh di Libya.

 

Ia mampu membawa peluru berpandu “Blue Arrow 7” , TG100/INS/GPS-bom panduan dan AR-1/HJ-10 peluru berpandu anti-kereta kebal.

Pihak tentera Jordan dikatakan membeli sehingga enam buah dron kombat CH-4, yang rekabentuknya adalah hampir sama dengan dron Predator buatan Amerika Syarikat.

CASC dikatakan meniru rekabentuk dron Predator buatan Amerika Syarikat, dengan beberapa negara di Timur Tengah juga menjadi pembeli dron itu selepas mereka gagal memperolehi dron buatan Uncle Sam itu akibat perjanjian Missile Technology Control Regime (MTCR).

Tidak lama sebelum itu, sebuah lagi negara Timur Tengah iaitu Iraq juga mengadu ia menghadapi masalah untuk menyelenggara dron CH-4 buatan China.

Dron China yang terhempas di Nigeria.

 

Laporan media antarabangsa mendakwa Iraq telah membeli 10 buah dron kombat CH-4 itu daripada China tetapi negara pengeluar minyak itu hanya mampu menerbangkan hanya satu daripada 10 dron terbabit disebabkan masalah penyelenggaraan.

Pada 2012, Algeria juga membeli beberapa buah dron kombat daripada China itu tetapi beberapa buah daripadanya didakwa telah terhempas disebabkan masalah kawalan yang dialaminya.

Insiden terbaru berlaku di Pangkalan Udara Bir Raqqa, timur Algeria pada tahun lepas dimana sebuah dron CH-4 telah terhempas.

Dron-dron keluaran China juga didakwa terhempas akibat masalah teknikal di Pakistan dan Nigeria, manakala dron CH-4 yang digunakan oleh UAE di Libya juga telah berjaya ditembak jatuh oleh pasukan tentera Government of National Accord (GNA).

Beijing telah menjual dron-dronnya kepada beberapa buah negara termasuk Nigeria, Jordan, Zambia, Iraq, Arab Saudi, Ethiopia, Turkmenistan, Emiriyah Arab Bersatu, Pakistan dan Myanmar.

Dron CH-4 keluaran China.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

CH-4ChinaUCAV
Comments (0)
Add Comment