Maritim Malaysia Akan Bawa Balik USCG Steadfast Akhir Tahun

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dijangka akan membawa balik kapal pengawal pantai Amerika Syarikat, USCG STEADFAST pada penghujung tahun ini.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dijangka akan membawa balik kapal pengawal pantai Amerika Syarikat, USCG STEADFAST pada penghujung tahun ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata demikian dalam satu kenyataan media sosial Maritim Malaysia hari ini.
Beliau mengesahkan bahawa USCG STEADFAST berada dalam keadaan yang baik dan ruang kerja di dalamnya amat selesa bagi menempatkan pegawai dan anggota penguat kuasa Maritim Malaysia.
“Proses baik pulih kapal berkenaan akan dilakukan dan keberadaannya di dalam inventori aset Maritim Malaysia tidak lama lagi bakal meningkatkan keupayaan operasi penguatkuasaan dalam mengimplementasi konsep operasi berteraskan ‘ever present’ dan ‘the right asset for the right mission’ di Zon Maritim Malaysia.”
 “Antara aspek penting yang dititik beratkan dalam membawa pulang kapal tersebut merangkumi kuasa gerak, penjanaan kuasa, struktur badan dan rangka kapal, komunikasi, pandu arah dan domestic,” kata Mohd Rosli.

Beliau sebelum itu telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Commandant of United States Coast Guard (USCG), Admiral Linda Lee Fagan di Washington D.C. baru-baru ini, bagi memperkukuh kerjasama antarabangsa.
Pertemuan diadakan bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama sedia ada antara Maritim Malaysia dan United States Coast Guard (USCG).
Pada pertemuan empat mata itu, Linda Fagan turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Mohd Rosli selaku Ketua Pengarah Maritim Malaysia ketujuh di samping menunjukkan minat yang tinggi untuk mengetahui visi dan strategi yang dirancangkan beliau dalam memacu Maritim Malaysia ke arah yang lebih cemerlang.
USCG juga telah menyatakan sokongan dan komitmen tinggi terhadap usaha yang dilakukan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara selain menekankan pentingnya kerjasama dalam aspek keselamatan serta Intelligence Surveillance & Reconnaissance (ISR).
“Saya amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan oleh USCG dan percaya bahawa kerjasama ini akan memperkukuh keselamatan maritim kita serta memberikan manfaat kepada komuniti antarabangsa,” kata Mohd Rosli.

Delegasi Maritim Malaysias turut dibawa melawat USCG Surface Acquisitions Logistic Center di Baltimore, di mana perbincangan mengenai penyediaan peralatan sokongan kapal dan kemudahan bagi kru yang akan menjalani fasa suai kenal (familiarization) bersama aset tersebut turut diadakan.
Antara peralatan yang telah tersedia untuk diserahkan adalah meliputi peralatan Damage Control and Fire Fighting (DCFF), peralatan domestik seperti kelengkapan galley, dan peralatan serta kelengkapan Onboard Spare List (OSL).
Kapal Pengawal Pantai Amerika Syarikat “USCGC Steadfast” berukuran panjang 64.16 meter itu, mempunyai lebar 10 meter serta berat 1,100 tan.
Kapal itu boleh mengisi kapasiti 12 pegawai serta 63 anggota lain-lain pangkat dalam satu masa dengan kelajuan mencecah hingga 18 knot dan jarak operasi sehingga 6,100 Batu Nautika.
USCGC Steadfast
Kapal “USCGC Steadfast” itu telah ditauliahkan di dalam perkhidmatan Pengawal Pantai Amerika Syarikat pada 1968 iaitu 56 tahun yang lalu.
AmerikafeaturedMaritim MalaysiaUSCG Steadfast
Comments (0)
Add Comment