Maghribi Terima Abrams Terkini, M1A2 SEPv3 Ketika Keadaan “Meruncing” Dengan Algeria

Media-media Maghribi melaporkan pemilikan kereta-kereta kebal varian terbaru Abrams, M1A2 SEPv3 oleh angkatan tentera negara itu apabila apabila mengesan trak-trak membawa kereta kebal itu ke arah selatan negara itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dikala hubungan dengan jirannya Algeria semakin meruncing serta konflik di Sahel dan Sahara,  Maghribi baru-baru ini telah menerima varian terbaru kereta kebal Abrams, M1A2 SEPv3 untuk memperkuatkan ketumbukan armornya.

Maghribi telah pun menggunakan varian terdahulu kereta kebal Abrams dalam tentera daratnya dan penerimaan varian terbaru kereta kebal buatan Amerika Syarikat itu hanya memperkuatkan lagi unit-unit armornya.

Kereta kebal M1A2 SEPv3 itu adalah varian Abrams yang paling berkeupayaan, dilengkapi dengan sistem elektronik yang baru, peningkatan armornya serta kuasa tembakan.

Media-media Maghribi melaporkan pemilikan kereta-kereta kebal varian terbaru Abrams, M1A2 SEPv3 oleh angkatan tentera negara itu apabila apabila mengesan trak-trak membawa kereta kebal itu ke arah selatan negara itu.

Penghantaran kereta kebal Abrams ke selatan tanahair itu menarik perhatian orang ramai kerana ia membabitkan sejumlah besar kereta kebal ke selatan negara itu.

Penghantaran kereta kebal Abrams itu adalah sebahagian daripada kontrak yang ditandatangani di antara Maghribi dengan syarikat pembuat kereta kebal itu, General Dynamics Land Systems (GDLS) melibatkan perolehan lebih daripada 100 buah varian terkini kereta kebal Abrams itu.

Selain itu terdapat juga laporan mengatakan bahawa Maghribi turut memperolehi 500 buah kereta perisai Bradley daripada Amerika Syarikat bagi digunakan dalam misi-misi ketenteraan angkatan tentera negara itu.

Sehingga tahun 2022, Angkatan Tentera Maghribi memiliki sejumlah 656 buah kereta kebal utama terdiri daripada sejumlah 222 buah M1A1, 220 M60 Patton, 40 buah T-72 dan 54 buah kereta kebal jenis Type-90.

Selain itu, sejumlah 200 buah kereta kebal M48 dan 60 buah T-72 juga berada di dalam simpanan tentera darat Maghribi.

Sementara itu laporan daripada media Maghribi beberapa bulan lepas menyatakan bahawa negara Afrika Utara itu dijangka akan memperolehi kereta kebal Merkava Mk3 daripada Israel selepas ia “mendermakan” kereta kebal T-72 miliknya kepada Ukraine.

Kereta kebal Abrams Maghribi

 

Sebelum ini Israel tidak pernah mengeksport kereta kebal Merkava dibangunkannya ke negara luar dan sekiranya ia dieksport ke Maghribi, maka negara Afrika Utara akan menjadi negara pertama memiliki kereta kebal buatan Israel.

“Penghantaran kereta kebal Merkava ke Cyprus dan Maghribi adalah dijangka untuk menggantikan 41 buah kereta kebal T-80U/UK yang “disedekahkan” oleh Cyprus kepada Ukraine sebelum ini serta kereta-kereta kebal T-72B yang turut “disedekah” kepada Ukraine oleh Maghribi,” menurut laporan media.

Walaupun Maghribi menafikan bahawa ia terlibat dalam memberikan kereta-kereta kebal buatan Russianya kepada Ukraine, tetapi terdapat dakwa mengatakan bahawa kereta kebal milik negara Afrika Utara itu telah diberikan kepada negara Eropah Timur itu menerusi pihak ketiga.

Israel dikatakan telah meletakkan syarat yang amat ketat terhadap Cyprus dan Maghribi dimana ia tidak mahu melihat kereta kebal Merkava miliknya itu diberikan, disedekahkan, dieksport-kembali atau dijual kepada Ukraine.

Maghribi dan Israel memiliki hubungan ketenteraan yang rapat.– DSA

AbramsAlgeriafeaturedMaghribi
Comments (0)
Add Comment