(VIDEO) Kumpulan Bersenjata Houthi Dedah USV Terbarunya Dinamakan “Toofan-1”, Sedia Bedil Kapal-Kapal Musuh

(VIDEO) Kumpulan Houthi di Yemen telah membangunkan bot tanpa pemandu (Uncrewed Surface Vessel – USV) dinamakan “Toofan-1”, yang sudah pasti akan digunakan terhadap kapal-kapal perang asing dan kapal komersial yang belayar di Laut Merah.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kumpulan Houthi di Yemen telah membangunkan bot tanpa pemandu (Uncrewed Surface Vessel – USV) dinamakan “Toofan-1”, yang sudah pasti akan digunakan terhadap kapal-kapal perang asing dan kapal komersial yang belayar di Laut Merah.

Ia juga telah menyiarkan gambar-gambar dan video menunjukkan USV “Toofan-1” itu membedil sebuah kapal semasa demonstrasi yang diadakan di perairan tidak didedahkan di Yemen baru-baru ini.

Pejuang Houthi itu juga telah mengeluarkan video menunjukkan USV miliknya yang tidak dinamakan telah membedil sebuah kapal kargo M/V Tutor di Laut Merah sehingga menyebabkan ia tenggelam tidak lama selepas itu.

Kumpulan bersenjata itu menyatakan bahawa USV “Toofan-1” itu dibangunkan menggunakan kepakaran tempata dan amat lincah ketika beroperasi di atas permukaan perairan.

Video itu telah disiarkan oleh stesen televisyen yang pro kepada Houthi dinamakan “Masirah.”

Hanya sehari selepas kapal kargo M/V Tutor itu dibedil, sebuah lagi kapal kargo M/V Verbena yang mengibarkan bendera Palau tetapi dimiliki oleh syarikat Poland telah dibedil menggunakan dua butir peluru berpandu oleh kumpulan Houthi itu.

Serangan tersebut telah menyebabkan kapal kargo itu mengalami kebakaran dan kegagalan dikawal.

Sementara itu penganalisi menyatakan bahawa rekabentuk USV “Toofan-1” milik Houthi itu juga adalah hampir sama dengan USV yang kerapkali digunakan oleh Ukraine untuk membedil kapal-kapal perang Russia di Laut Hitam.

Menurut kapsyen di dalam video yang disiarkan oleh kumpulan bersenjata disokong oleh Iran itu, USV “Toofan-1” miliknya itu membawa kira-kira 150kg bahan letupan dan ia berkeupayaan meluncur selaju 35 knots.

USV Houthi itu dipercayai menggunakan enjin bot komersial untuk kegunaan optimal bagi membedil sasaran maritim sama ada yang tidak bergerak atau bergerak.

Kumpulan Houthi di Yemen memilik rekod dan pengalaman luar mengendalikan USV sejak pertengahan 2010.

USV “Toofan-1” membedil kapal dalam demonstrasi.
“Toofan-1”

 

Sepanjang konflik di antara Hamas dan Israel, ia telah mencuba beberapa kali menyerang sama ada kapal-kapal perang dan kapal komersial dengan USV tetapi tidak berjaya sehinggalah ia berjaya membedil kapal kargo M/V Tutor sehingga menenggelamkannya pada minggu lepas.

Bagaimanapun rekabentuk USV Houthi yang digunakan untuk membedil kapal kargo M/V Tutor adalah berlainan dengan USV terbaru milik kumpulan itu, “Toofan-1.”

Setakat ini tidak diketahui sistem panduan digunakan oleh USV “Toofan-1”, tetapi kumpulan Houthi diketahui menggunakan sistem panduan GPS dan video untuk memandu USV mereka kepada sasarannya.

Ini membolehkan mereka untuk mengawal USV terbabit daripada kawasan daratan serta kapal-kapal atau bot.

Kemunculan USV “Toofan-1” milik kumpulan Houthi dalam video yang dramatik itu menunjukkan bahawa ia telah bersedia untuk mengerah sistem persenjataannya terbaru itu di Laut Merah dengan mensasarkan kapal-kapal perang Amerika dan sekutunya serta kapal komersial yang lain.

Selepas dibedil oleh USV “Toofan-1”

 

Ia juga menunjukkan bahawa ancaman yang diberikan oleh kumpulan Houthi itu adalah semakin meningkat terhadap semua kapal yang melalui perairan yang amat penting untuk perdagangan dunia itu.

Terdapat juga kemungkinan bahawa sekiranya kumpulan Houthi memiliki USV moden “Toofan-1”, maka kumpulan Hezbollah juga memilikinya dan bersedia untuk menggunakannya sekira perang besar dengan Israel tercetus.

Dua hari lalu, kumpulan Houthi mengumukan bahawa ia telah mensasarkan 153 buah kapal yang berkaitan dengan Amerika Syarikat, British dan Israel sejak bermulanya operasi untuk menyokong Semenanjung Gaza sejak November tahun lepas. — DSA

featuredHouthiKapalToofan
Comments (0)
Add Comment